Homeschool Room 2020 (Groundwork)

Masihkan bonda-bonda rupawan; teman yang dikasihi masih mengingati catatan perkongsian terdahulu berkenaan “Cara Membina Sudut Homeschool @ Ruang Belajar di Rumah“? ^-^

Alhamdulillah, suami yang amat saya kagumi telah bersusah-payah sekali lagi bagi merealisasikan impian zaman kecil saya iaitu untuk membina perpustakaan mini keluarga kami agar dapat dimanfaatkan oleh anak-anak kesayangan kami pada sesi 2020 yang bakal menjelma tidak lama lagi supaya proses rujukan silibus dapat berjalan lancar. Insya-Allah.

Selama 3 bulan projek ini dirancang oleh pihak suami berdasarkan rancangan peruntukan belanja yang terhad dan akhirnya dapat siap sepenuhnya pada akhir minggu ini, Masya-Allah. Alhamdulillah *tangisan kesyukuran & kegembiraan* >O<

Semoga pembinaan perpustakaan mini ini sedikit sebanyak dapat saya berkongsi idea dekorasi untuk rumah Cik/Cik Puan yang disegani, Amin~ ^_^

Mari kita mulakan, Bismillah~ :

Saiz rak buku besi ini dari lantai ke siling rumah; 9 kaki x 10 kaki lebar 😀
Gambar rak buku perpustakaan mini yang telah disusun buku mengikut genre masing-masing ^O^
Pandangan dari sisi dan sudut berbeza bagi rak buku besi yang telah dipenuhi dengan koleksi buku anak-anak kami sejak 15 tahun dahulu hingga kini, Alhamdulillah >_<
Rona hijau segar dari tumbuhan diletakkan bagi menaikkan seri ruang perpustakaan mini keluarga disamping manfaat pengudaraan yang lebih baik bagi seisi keluarga ^-^
Idea pertama: Boleh dimuatkan dengan sofa bersaiz lebar bagi bacaan santai dan perbincangan bersama ahli kelab buku keluarga ^_-
Idea kedua: Boleh menempatkan meja belajar atau meja musyawarah bagi menjalankan aktiviti ekperimen sains mahupun sesi pembelajaran subjek lain dan ruang rehat bacaan dengan sofa ringkas ^____^
Matlamat utama adalah bagi meneruskan sokongan jitu kepada anakanda tersayang agar menanam dalam diri untuk tekad mencintai ilmu dan jihad dalam dunia pendidikan secara holistik, Insya-Allah ^w^
Alhamdulillah, selesai semuanya ^-^ Boleh mula ulangkaji @ menelaah 😉

================

Bagi teman jelitawan yang berminat untuk mendapatkan khidmat tempahan khas rak buku perpustakaan mini di rumah ini (custom made), boleh dapatkan bersama pihak HM Publication milik majikan kehormat saya (HappyMindz Studio) >_< Insya-Allah, ada pelbagai saiz dan pakej disediakan.

Ayuh, mari kita usahakan yang terbaik dan teristimewa khas buat anakanda kesayangan kita! 😀

p/s: Jumpa teman ayu nanti di sesi seterusnya “Homeschool Talks” sempena cuti persekolahan Disember 2019 untuk persediaan jadual sesi silibus pembelajaran 2020, ya 😉 Masih ada beberapa slot kosong untuk tempahan segera pada hari ini. Mohon tempah dengan mengisi borang; klik DI SINI; ^____^  Terima kasih rakan dan taulan yang dimuliakan.

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

08. December 2019 by MamaFiza
Categories: Mama's Talk | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.