Cara Bina Sudut Homeschool

A library is not a luxury but one of the necessities of life“, ~ Henry Ward Beecher.

Saya seorang pustakawan; setiap hari, kini dan selamanya ^_^

Oleh sebab itu, acap kali jika diajukan pertanyaan tentang bagaimanakah cara untuk memulakan sudut sekolah di rumah, tanpa ragu saya pasti akan mencadangkan agar pihak bonda dan ayahanda membina sudut bacaan mini di rumah dengan kos permulaan yang minimum namun dengan impak yang maksimum.

Perkara yang paling utama adalah; ruang kecil ini perlu dilengkapi dengan:

  • pencahayaan yang baik untuk tujuan membaca dan mengulangkaji
  • kawasan yang tiada gangguan media/medium lain (tidak bising)
  • ada ruang menyimpan pensil, pensil warna, kertas kosong @ kertas kitar semula dan alat tulis lain (jika ada)
  • buku-buku cerita bergambar, kamus serta buku rujukan asas

Peralatan yang disediakan tidak perlu harga mahal, hanya memerlukan komitmen tinggi daripada pihak bonda atau ayahanda bersama membantu menjayakan detik menanam minat membaca dan belajar sejak di usia cilik buat anakanda tersayang >w<

Lumrah alami anak cilik adalah untuk menimba ilmu, marilah kita bersama bantu anugerah teristimewa ini.

Mudah dan ringkas ^_-

Boleh mulakan dengan hanya 1 rak buku, meja lipat dan tampal jadual sasaran, jadual belajar dan sebagainya. Paling penting, MULAKAN 😀

Buat rujukan bagi ruang membaca dan sudut aktiviti belajar mengikut usia, saya ada kongsikan di beberapa artikel terdahulu ^-^

Namun, saya ingin tegaskan di sini, tolong elakkan:

Sifat ini akan membawa budaya yang hanya suka “mengumpul buku sebagai aksesori hiasan dalaman rumah @ tukun buku” dan jauh tersasar daripada tujuan utama untuk membudayakan amalan membaca buat anak cilik. Pedih, tetapi benar.

Teman jelitawan yang dikasihi sekalian; ayuh, marilah kita berjanji agar tidak putus asa memberikan yang terbaik buat anakanda tercinta. Insya-Allah ^_^

Ya, kucing peliharaan kami memang hantu buku! >O<

================

Insya-Allah, jika tiada aral kelas online sempena tahun ke-15 sesi perkongsian berkenaan pendidikan di rumah [survival guide]; yakni “homeschooling” oleh saya, bakal berlangsung pada awal bulan Ogos 2019 >_<

Sesi khas ini bakal menggabungkan beberapa tips istimewa 😀 Ayuh, mari kita kumpulkan kembali semangat positif untuk bonda rupawan sekalian!

p/s: Jumpa teman ayu nanti di sesi seterusnya “Homeschool Talks” pada 4hb Ogos 2019 *masih ada 3 slot*, 11hb Ogos 2019 *masih ada 5 slot*, 18hb Ogos 2019 *masih ada 4 slot*, ya 😉 Masih ada beberapa slot akhir untuk tempahan segera pada hari ini. Mohon tempah dengan mengisi borang; klik DI SINI; Cik Laini yang disegani, akan membalas promosi tersebut ^____^  Terima kasih teman.

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

28. July 2019 by MamaFiza
Categories: Mama's Talk, MamaFiza.com, My Fun Homeschool | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.