Hari Tangisan Untukku (III)
Pada awal minggu lalu, saya berkesempatan untuk berkongsi serba sedikit pengalaman aturan “sekolah di rumah” bersama Cik Puan Nahdiya yang jelita dan Cik Puan Raihana yang menawan ^_^ Jutaan terima kasih bonda anggun sekalian kerana sudi menimba ilmu perkongsian anjuran studio majikan kehormat saya 😀
Nota: Majikan saya, Cik Puan “Miss DS” yang prihatin lagi dihormati adalah pemilik HappyMindz Studio 😀 Mohon jangan terkeliru ya.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Tuhan Yang Maha Berkuasa! Moga pengisian teristimewa dan terbaik khas buat teman yang berhati mulia ini:
TERIMA KASIH Cik Nahdiya Zainal Abidin!!!
*tangisan penuh rendah diri, setulus dan seikhlas hati*
Jujur sekali, saya amat kelam kabut dan sibuk dalam beberapa siri tugasan luar dan di unit percetakan serta media; amanah kerja oleh majikan #happymindzpublishing sejak 2-3 minggu lalu.
Saya amat berharap agar perkongsian ikhlas dari hati nurani dan pengalaman saya dalam bidang ini, dapat membantu dan menaikkan lagi semangat Cik Puan Nahdiya yang manis dan Cik Puan Raihana yang molek; dalam menelusuri serta mendidik anakanda comel kesayangan mereka. Amin Ya Rabbal Alamin~ 🙂
Teruskan jihad ilmumu, Cik Puan berdua.
——————————————————–
p/s: Antara tugasan rasmi yang saya hadiri pada minggu lalu; majlis utama untuk persediaan acara #happymindzpublishing ^O^
Eh, rupanya kasut berona krim yang saya gunakan bagi majlis tersebut agak sama tema dengan teman ayu yang duduk di sebelah saya (beliau mewakili organisasi syarikat majikan beliau) 😉