Ceritera Kuih Raya

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 3rd September 2012


Hari Sabtu yang lalu, terdapat beberapa orang anak-anak cilik yang hadir bersama ibubapa mereka ke acara mini jemputan tertutup kami sekeluarga bertanya kepada saya, “Auntie MamaFiza, semuanya makanan berat sahaja. Kuih raya, tiada?

Saya membalas dengan nada tersipu-sipu, “Kuihnya ada, tetapi makcik belum sempat basuh bekasnya dan isikan ke dalam balang kuih raya. Makcik minta maaf ya, si comel” T-T *tangisan kekesalan*

Disebabkan jadual tugasan dan sekolah di rumah kami yang amat penuh sejak dari bulan Mei hingga ke hari ini, persiapan kuih raya juga terlambat dikemaskini. Kami masih menghadiri tugasan luar walaupun cuti perayaan 😉

Jutaan kemaafan dipohon atas segala kesulitan ini, anak-anak kecil. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menceriakan hari kami tanpa kenal erti jerih, moga Tuhan sentiasa membalas yang teristimewa buat kalian sekeluarga, Amin~

Baru siap disusun, Alhamdulillah ^-^

Yum-yum-yum! 😀
p/s: paling menggemari kuih tiram buatan nenda tersayang -_- *igauan rindu*

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

04. September 2012 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.