Diari Masakan 012 – Kerang Rebus Tumis Serai & Halia
Hari yang indah ini dimulakan dengan kalimah suci Bismillahir-Rahmanir-Rahim 😉
Salam hormat buat teman-teman anggun yang disegani. Semoga setiap saatmu dipenuhi dengan keberkatan dan nikmat-Nya . Amin~
Nukilan entri pada kali ini adalah berkisar tentang hidangan “kerang rebus“.
Selain menu kerang bakar, puteri cilik kami: ReiHi-cHan, YunaFi-cHan dan HidE-cHan serta saya, amat menggemari masakan kerang rebus.
Alhamdulillah, kami telah banyak mencuba resipi malah “bereksperimen” dengan kumpulan moluska dwicangkerang yang enak ini. *gaya sesi bersuka-ria!* ^O^
Oh, ya. Apakah pula cara yang sesuai untuk membersihkan kerang?
Kami selalu melakukan rutin di bawah sebelum merebus atau memasak kerang sebagai santapan keluarga:
- Kerang dibilas secara berhati-hati dan teliti di bawah aliran air paip yang mengalir agar kotoran atau lumpur yang melekat pada kulit kerang dapat dibersihkan dengan cermat.
- Kemudian, kerang direndam bersama air yang telah dicampurkan bersama garam bukit, serai (yang telah diketuk) dan beberapa ulas bawang putih, selama 15-20 minit.
Kebersihan perlu diutamakan bagi mengelakkan isu keracunan makanan >w<
Tajuk Menu: Kerang Rebus Tumis Serai & Halia
Upacara merebus kerang! Heeee ^_____^
Tumis bersama minyak zaitun tulen, hirisan bawang Holland, cili api/cili padi, cili merah dan cili hijau, halia, serai dan sedikit stok rebusan ikan supaya rasa isi kerang menjadi lebih harum, sedap dan menyelerakan. Amboi, sungguh menggiurkan! 😀
Sejurus selepas kerang direbus, jangan lupa untuk menggaul bahan masakan hingga sebati.
Bagaimanakah pula kaedah yang digunakan oleh para jelitawan sekalian untuk membersihkan kerang sebelum dimasak? Mari kongsikan bersama 😉
Teruskan usaha murni kalian untuk memberikan cita rasa terbaik buat famili tercinta. Selamat maju jaya! *peluk*