Uniform Sakit!

Nukilan ini tiada kaitan dengan berita dukacita, harap maklum *Alhamdulillah ^-^*.

Tarik nafas panjang. . . *lega* 😉

Penuh syukur kehadrat Ilahi, saya berasa sangat terharu kerana telah dianugerahi dengan ahli keluarga yang amat penyayang dan pengasih.

Oleh sebab itu, setiap saat saya ingin cuba yang terbaik bagi melakukan perkara yang menggembirakan buat seisi famili sebagai tanda terima kasih saya buat mereka.

Sang Raja telah menghadiahkan “uniform sakit” ini pada saya sejak 2 tahun yang lalu. Menurut beliau, baju ini hanya perlu dikeluarkan dari almari pakaian dan digunakan apabila saya jatuh sakit.

Sekiranya sekembalinya saya daripada bilik air, saya terus memakai baju ini, dengan automatik anak-anak tersayang akan mengetahui bahawa saya tidak sihat (tanpa perlu bercakap banyak, *pastinya diiringi dengan sakit tekak yang serius* heeeee) dan pantas mendapat bantuan kecemasan daripada mereka. Subhanallah, comel benar! ^O^

Nota: Bagai papan tanda bergerak “Bantuan Segera Diperlukan” 😀

 


Baju ini sangat selesa dan sesuai dengan keperluan insan yang sedang sakit >w<

*ecececece*


Sila jangan terkejut dengan saiz baju ini.

(Ya, bersaiz 6XL! Besar, tebal dan labuh hingga ke paras lutut).


Semestinya sewaktu penggambaran ini saya tidak sakit *Alhamdulillah*, kerana boleh diperhatikan dengan jelas bahawa saya sedang memakai baju sebanyak 2 lapis.

Oh ya, kami bermain bersama cekak warna hitam yang berbentuk cermin mata pula! Ha.ha.ha.

Dahulu sanggup memakai cekak rambut di bahagian dahi, kini lebih melarat rupanya! (Pakai cekak di bahagian mata?) Dahsyat sungguh -_-)

Tentunya hari khas untuk bersuka ria bersama putera sulung saya, sebab itulah saya sanggup melayan karenahnya yang ingin menangkap gambar saya sebegini rupa.

p/s: semua gambar di atas adalah hasil karya anakanda KiruaMi-cHan yang berperibadi ceria.

Maafkan saya di atas keterlanjuran ini ^_____^

Anda pula, bagaimana? Adakah para pembaca yang dihormati juga memiliki uniform sakit di rumah? 😉

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

03. May 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.