Mengapa Perlu Bergegas Pulang?

Jika dahulu, saya dan dua orang anakanda yang dikasihi selalu ingin segera pulang ke rumah daripada destinsi tugasan untuk bertemu suami tersayang dan dua orang anakanda yang dirindui.

Begitu juga perihalnya dengan Sang Raja dan anakanda yang turut serta dalam urusan kerja luar beliau. Masing-masing tidak sabar untuk melepaskan rindu bersua dengan ahli keluarga yang berjauhan walaupun dalam tempoh singkat, Alhamdulillah 😉

Namun kini, rindu kami bukan hanya terbit buat sesama pasangan dan anak-anak cilik. Kepulangan kami sering dinantikan dan disambut oleh anakanda ke-5, yakni: Kash!

Gigih dan sabar menunggu kehadiran kami di muka pintu.

Terima kasih, Kash~


Si kecil ini minat benar untuk tidur dan bermain di meja “stesen peribadi” saya.

Syukur pada anugerah Ilahi ini, Kash merupakan anak kucing yang amat setia.

  • Dua bulan dahulu, setiap hari tanpa jemu, Kash akan bantu memberikan gigitan comel dan manja di bahagian betis dan di uraian rambut saya bagi mengejutkan saya untuk solat Subuh. (Ya, selalunya saya dan Sang Raja bergilir-gilir, saling mengingatkan untuk bangkit solat bersama. Kini, saya tidak perlukan khidmat jam loceng lagi *Alhamdulillah*^-^)
  • Terkini (pada bulan ke-3 bersama kami), Kash hanya akan mencium mulut, hidung dan pipi saya (tiada lagi gigitan cinta, ha.ha.ha), untuk memberitahu sudah masuk waktu awal dinihari: panggilan solat Subuh. Saat pertama kali menghadapinya (minggu lalu), saya berasa amat hairan kerana lena saya yang dibuai mimpi dikejutkan dengan permukaan bibir saya menjadi basah secara tiba-tiba. Apabila saya membuka kelopak mata, rupanya anak kucing, Kash. Wah, ajaibnya! >w<


Sangat pandai bergambar untuk kaca mata lensa, amboi! 😀

*Pantang saya tunjukkan kamera, pasti Kash akan segera beraksi. Heee. . .*

  • Sejak hari pertama Kash bersama kami hingga ke saat ini, terlalu banyak jasanya pada famili saya. Kash rajin menangkap tikus, lipan, lipas, cicak, belalang, cengkerik, lebah dan pelbagai serangga lain (boleh buat koleksi hasil tangkapan pula, hoho!). Kash telah menjadi ahli rasmi skuad keselamatan rumah kami yang dinaungi oleh Sang Raja dan anakanda putera KiruaMi-cHan 😉 Syabas!
  • Sentiasa berada disisi saya, dalam keadaan berjaga-jaga setiap kali saya berada di sekitar rumah bagi menjalani tanggungjawab harian.Persis pengawal peribadi, aduhai comelnya~
  • Setiap kali anakanda menerima sesi “tarbiah” daripada Sang Raja, Kash akan turut serta agar dapat membantu anakanda bagi meraih simpati Sang Raja yang sedang “berceramah”. (Pastinya merupakan kenangan terindah buat kami semua!)
  • Ligat dan rajin menjalani latihan aktiviti “sekolah di rumah” khas (untuk kucing sahaja) yang diatur oleh Sang Raja & anakanda kami supaya Kash bukan hanya membesar sebagai anak kucing biasa, tetapi terlatih dan berwibawa (wah, wah, wah).
  • Teman bermain yang sangat prihatin buat anakanda puteri: ReiHi-cHan, YunaFi-cHan dan HidE-cHan. Mereka bertiga sangat kasih pada Kash! Sahabat sejati KiruaMi-cHan.

 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!

Terima kasih Tuhan atas kurniaan-Mu yang amat bermakna dan berharga ini buat kami. *syukur dalam titisan air mata*

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

02. May 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.