Wawancara Hidangan Si Cilik @ MHI , TV3

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buatmu teman-teman penyayang yang saya kasihi >_<

Moga Tuhan sentiasa melindungi dirimu dan keluarga tersayang. Amin~ *pelukan rindu!*

Pertama sekali, ikhlas saya ingin memohon maaf diatas kesibukan saya meniti hari demi hari yang telah berubah daripada seorang bonda yang aktif menjadi bonda yang tidak menang tangan dalam menjalani perubahan jadual tahun baru 2011.

Blog utama LittleKittle.com dan blog peribadi MamaFiza.com telah bersawang melebihi tempoh 23 bulan (sejak terbitnya buku Hidangan Si Cilik – ya, sesungguhnya kejadian sebegini belum pernah berlaku dalam sejarah dunia penulisan blog saya, walaupun saya sering lewat mengemaskini blog, ini adalah insiden terburuk! -_-) dan terlalu banyak entri yang telah dirancang terpaksa ditunda tarikh terbitannya.

Alhamdulillah, untuk jadual baru 2011: setiap hari dan minggu kami diisi dengan jadual sesi sekolah di rumah (dan aktiviti rutin di luar rumah), menyiapkan manuskrip buku baru, tanggungjawab harian, tugasan luar, seminar, sesi interviu dengan pihak media dan jadual demo masakan terbaru!.

Kata-kata ucapan tahniah yang berguni-guni dan bertimbun-timbun diterima daripada teman-teman rupawan melalui mesej SMS, FaceBook dan email, disebabkan kejayaan sulung buku tersebut meraih tempat dalam Senarai Top 50 bagi Bulan Januari 2011 Berdasarkan Nilai Ringgit di laman web utama Cik Puan Ainon yang paling disegani, yakni Presiden Universiti Terbuka PTS pada tanggal 11hb Februari 2011 yang lalu, sungguhpun baru sahaja sebulan di pasaran.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!!! 😀 Jutaan terima kasih buatmu semua, kami sangat hargainya! *tangisan hiba*

Saya kepilkan salinan video ini buat pengubat rindumu, teman-teman anggun! 😉 Moga kita dapat bertemu lagi, Insya-Allah.

MHI: Hidangan Si Cilik

Nota: Tolong klik link ini jika video diatas tidak dapat dilayari. Terima kasih.

Mohon jaga kesihatanmu dengan baik teman-teman, doa kami pasti hadir buat kalian, saban ketika >w< Amin~

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

16. February 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.