Khas: Temui Tim Si Cilik LittleKittle.com di MHI (TV3)

Kemaskini: 24hb Januari 2011Siaran langsung di MHI akan bermula pada jam 8 pagi (klik disini), Selasa, 25hb Januari 2011. Insya-Allah, kami perlu tiba di Sri Pentas, TV3 sebelum pukul 7.30 pagi. Selamat berjumpa di kaca televisyen, teman-teman yang berhati luhur~ *peluk!!!*

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ^____^

Assalamualaikum wbt buat teman pembaca blog yang amat dihormati, moga dirimu sentiasa sihat ceria dirahmati-Nya, Amin~ *peluk!*

Jutaan terima kasih diatas doa suci, jalinan persahabatan serta sokongan jitu yang diberikan kepada kami sekeluarga. Sesunguhnya kami amat menghargai setiap titipan kasih sayangmu.

Alhamdulillah, terdapat banyak mesej dan soalan yang dikemukakan melalui ruangan “Pertanyaan Resipi” oleh para pembaca yang budiman setelah terbitnya artikel “Jaga Pemakanan Si Kecil” di akhbar Harian Metro (19hb Januari 2011), hasil wawancara bersama Cik Siti (bonda prihatin!) di ruang dapur dan ruang tamu tajaan sahabat sejati saya: Cik Yus (teman istimewa anugerah Ilahi! *Insya-Allah saya akan kemaskini episod istimewa ini di sini 😀 *) , terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kerana sudi menghantar email pada saya, Insya-Allah saya akan balas jawapannya di bahagian laman yang sama pada minggu ini ^-^ Mohon nantikannya ya.

Sejak terbitnya karya pertama kami dengan pihak penerbit PTS yang mahsyur pada akhir bulan Disember 2010, Alhamdulillah, jadual keluarga kami menjadi lebih padat dengan sokongan pihak media massa.

Jujurnya, kronologi tanpa henti ini dimulai dengan pengambilan stok buku pertama di gudang PTS, Batu Caves, acara demonstrasi masakan di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010, PWTC, temuramah bersama Cik Siti (jurnalis Harian Metro) di lokasi tajaan Cik Yus yang baik hati, temuramah bersama Cik Nor Affizar (jurnalis Berita Harian) serta sesi penggambaran di studio Berita Harian, Jalan Riong, KL dan semalam mendapat jemputan daripada Tuan Ally Iskandar (Penerbit MHI) untuk wawancara siaran langsung pada minggu hadapan di Sri Pentas, TV3. Setinggi terima kasih pada Tuan Rosman (PTS) 😀 .

Hal ini bakal merupakan temuramah kali ke-2 untuk si cilik LittleKittle.com yang dahulunya telah diberi peluang keemasan oleh Cik Puan Ruhil Syafinaz, untuk hadir sebagai undangan bagi rancangan Wanita Hari Ini (Tajuk: Sekolah di rumah).

Temui kami di awal pagi Selasa (25hb Januari 2011) di rancangan MHI 😉 Ribuan terima kasih atas kasih sayang ini *tangisan syahdu T-T!!!*.

Jumpa nanti, rakan-rakan yang berhati murni 😀
Andalah yang paling menggembirakan sanubari, terima kasih!

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

22. January 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.