Seni Kraf Bersama Si Manja

Minggu yang penuh debaran dan kerja keras. Alhamdulillah kerana semuanya menjanakan hasil positif 😉

Persiapan untuk seminar WAHM Workshop yang ketiga akan berlangsung di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada 3hb Julai 2010 telah disiapkan. Tentunya saya yang terlebih teruja untuk bertemu dengan keseluruhan peserta yang anggun bergaya! *Heee . . .*

Aktiviti harian untuk sekolah di rumah buat anak-anak juga berjalan lancar dan sesi seni kraf tetap menjadi kegemaran bersama.

Setiap minggu sejak si manja mula belajar dan boleh memegang objek, mereka akan diasuh untuk mendapat pendedahan pelbagai jenis medium pendidikan seni kreatif bagi menambah cabang imaginasi mereka.

Alhamdulillah, bakat yang digilap pada si comel semakin menyerlah setelah meningkat usia dan tempahan hasil karya mereka bertambah setiap bulan >_< Jutaan terima kasih kepada klien tetap yang meminati cetusan seni kreatif ini.

Bagi projek seni kraf untuk bulan Mei – Jun 2010 , adunan warna dan gaya potongan bebas lebih diutamakan dalam seni fabrik karektor. Pelbagai imej baru direka cipta malah ada juga yang diadaptasi daripada genre animasi kesukaan anak-anak tersayang.

Insya-Allah, jika anak sulung: KiruaMi-cHan, tidak sibuk dengan sesi kelas robotiknya, pasti si putera kecil ini akan mengemaskini blog sekolah di rumah dengan koleksi hasil seni yang telah disiapkan bersama adik-adiknya untuk setiap minggu. Jadi, nantikan dengan tenang, ya? 😀

Dunia penuh warna-warni ^__^

Karektor Naruto di atas, saya buat khas untuk suami tercinta yang merupakan peminat tegar rancangan siri animasi dan komik ini. Hanya menunggu masa terluang untuk menjahit dan mencantumkannya pada baju sejuk tebal kepunyaan beliau. Manja sungguh!

Menariknya, hasil tangan rekaan yang telah disempurnakan oleh anak-anak lebih mencabar daripada fabrik yang telah dibereskan oleh saya *segan dan malu* >w<

Oh ya, tidak lupa juga kepada bonda rupawan yang berminat untuk membeli kain fabrik kraf tebal ini (dalam pelbagai saiz) bagi kegunaan latihan seni di rumah buat si comel anda, boleh sahaja membeli daripada kedai kelolaan LittleKittle.com dengan mengisi borang di sini. Insya-Allah, saya akan membalasnya pada waktu senggang ^-^

 

OoOo ini bukan fabrik ya, ini adalah menu pada hari Jumaat yang lalu.
Hidangan penne rigate bersama sos keju herba, sayuran stim dan kerisik ikan bilis 😉

Sehingga bertemu kembali diterbitan akan datang. Teruskan usaha murnimu dalam mendidik permata hati tanpa mengenal erti jemu dan penuh doa ikhlas serta harapan setinggi langit.

Selamat menjalani tugasan seharian ibunda, pastikan senyuman manismu adalah milik keluargamu ^O^ *pelukan mesra!*

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

16. January 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.