Sasaran Bahan Bacaan Harian
Alhamdulillah, hari yang penuh cabaran dan diakhiri dengan berita gembira 😉
Bonda tersayang, ayahanda teristimewa, nenda tercinta dan adik-adik yang dikasihi baru sahaja tiba dari tempat percutian, pagi semalam. Nanti saya kemaskini episod ole-olenya, Insya-Allah >O< Jutaan terima kasih famili ceria!
Bagi sesi terbitan kali ini, saya ingin menjawab pertanyaan berkenaan cara untuk mendisplinkan diri dalam menambah kualiti masa bacaan rutin walaupun sibuk dengan urusan seharian.
Jangan bimbang, caranya mudah sahaja 😀 :
- Tetapkan genre yang ingin dibaca dan buat senarai pendek sebelum membeli buku tersebut agar anda benar-benar menghargainya.
- Cari ulasan buku yang berkenan dihati melalui enjin carian di Internet bagi mendapatkan serba-sedikit info buku serta testimonial pembaca terdahulu.
- Isi dan hias jadual bacaan di atas meja kerja atau di dalam dompet (pastikan ditampal di kawasan yang selalu diperhatikan).
- Gunakan bakul buku khas dan judul buku ditukar setiap hari mengikut matlamat bacaan yang telah ditetapkan.
Mudah sahaja, bukan?
Klik di sini untuk melihat cara untuk mengatur peralatan harian *yang ditukar setiap hari* bagi kegunaan aktiviti pendidikan sekolah di rumah ^_-
- Cuba tetapkan tempoh masa bacaan untuk diri sendiri selama 15 minit sehari selama 30 hari dan tambahkan masa setelah benar-benar selesa dengan jadual yang telah diikuti. *Saya gemar membaca sebelum waktu tidur, heee >w< *
- Bawa sebuah buku khas di dalam beg galas atau tas tangan agar boleh terus sambung pembacaan walaupun di tempat awam. *Boleh elakkan pembaziran masa 😉 *
- Berjanji pada diri sendiri bahawa hanya akan membeli buku baru apabila selesai membaca semua buku yang telah dibeli, walaupun tarikan bau buku-buku baru di gedung buku sangat menggiurkan anda! (Percayalah, saya berkebolehan membaca minda anda, heee)
*Dapat menjauhkan diri daripada belenggu simpanan stok buku baru dan terkini bertukar menjadi lapuk kerana tiada masa untuk dibaca*
- Nota: Pilihlah hari yang sesuai untuk mendermakan buku-buku yang telah habis dibaca kepada badan kebajikan.
Jika jadual harian diikuti, Insya-Allah anda akan berasa hairan dengan limpahan lebihan masa yang ada. Jadi, bolehlah disalurkan untuk tujuan yang lebih bermanfaat.
Menu makan malam hari Ahad yang lalu:
Eliche Tricolore bersama sayuran timun Jepun, hirisan terung, brokoli, kerisik ikan bilis dan sos campuran cendawan serta keju herba.
Moga Tuhan sentiasa merahmati dan menyayangi para pembaca yang amat dihormati, Amin.
Semoga setiasa tabah dan cekal dalam menempuhi kehidupan seharian. Cergas dan gembira, ya!