Cara Mengetahui Ketulenan Kasut adidas

Kemaskini: 4hb Disember 2010Baru sahaja mendapat maklumbalas daripada pembaca istimewa blog LittleKittle.com , Cik Suzie daripada Rawang, Selangor *terima kasih teman comel ^O^*, berkenan entri ini telah diplagiat oleh Encik SengsarA_DeritA. Harap dapat menjadi iktibar buat kita bersama agar tidak lokek untuk bertanya atau berterima kasih. Hidup biar punyai etika & bermoral. Jutaan terima kasih pada Cik Lin ^_- *peluk!!!*

 

Nota: Ya, ditaip sebagai adidas (tanda perdagangan rasmi) dan bukannya Adidas 😉

Di pagi yang mulia dan tenang ini, saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan cara mengenal pasti keaslian produk kasut sukan adidas sebelum membuat keputusan rasmi bagi membelinya untuk tujuan beriadah mahupun sebagai sepatu harian menjalani aktiviti yang lasak.

Namun, ingin diingatkan bahawa, walau apa jua kasut sukan yang ingin dipakai, jenama ternama bukanlah faktor utama untuk menyebabkan anda memilih kasut terbabit.

Tetapi perlu dititik beratkan perihal kepentingan keselesaan, ciri keselamatan (contoh: cengkaman tapak kasut) dan kegunaannya (contoh: bermain bola sepak, berlari, mendaki).

Berbeza dengan suami tersayang yang memiliki koleksi kasut adidas bermula daripada usia kecil disebabkan kegiatan ekstrimnya dalam acara tarian hiphop, capoeira, parkour, sukan dakian berbasikal, bola keranjang, bola lisut dan bola sepak, saya merupakan pengguna setia kasut jenama “Power” sejak di alam persekolahan kerana harganya yang amat berpatutan dan tahan lasak 😀

Tahun ini saya tidak dapat lagi mengelat dengan memberikan rentetan alasan tahunan yang sama kepada suami untuk tidak menukar kasut sukan milik saya (Heeee, sungguh degil! Saya berat hati dan enggan menggantikan kasut antik saya).

Pada awal bulan Julai yang lalu, saya dan anak-anak manja telah mendapat hadiah kasut adidas untuk tujuan kegiatan luar daripada beliau.*Alhamdulillah* terima kasih sayangku~


adidas Derby K >O<

Telah merasmikannya pada sesi seminar HCM II (Upgraded) yang lalu ^-^

Jutaan terima kasih buat kekasih hati yang sudi membeli dan membantu menukarkan tali kasut yang baru, seminggu sebelum acara bermula.*T-T terharu!*

Oleh kerana itu, mari kita selidiki bahagian yang perlu diteliti pada kasut adidas sebelum membayar di kaunter pembayaran:

  • Pastikan tiada lebihan atau cebisan berbentuk segitiga kecil ataupun bentuk lain di kawasan label tumit bahagian berjenama “adidas” (di bahagian belakang, bukan di tapak kasut). Potongan label ini perlu licin dan kemas tanpa kualiti benang jahitan yang tertetas.
  • Pada ruangan “lidah kasut”, terdapat nombor siri. Jadi sepasang kasut adidas perlu ada 2 nombor siri yang berbeza untuk bahagian kaki kiri dan kaki kanan (bukan nombor sama atau berpadanan).
  • Jahitan pada kasut adidas yang tulen lebih teliti dan tiada lebihan uraian benang ataupun “gam @ pelekat”.
  • Semak kod bar di ruangan “lidah kasut” yang mempunyai imej piksel atau DataMatrix 2D. Jika mempunyai kod bar versi jalur, ia tidak asli. (Pesanan ikhlas daripada Tuan Firdaus Abd Rahman, adik lelaki saya ^-^)

 

Jika para pembaca yang dihormati mempunyai tambahan maklumat mengenai perkara ini, mohon agar dapat dikongsi bersama ya? >w<

Terima kasih kerana sudi membaca serba-sedikit tips ini, selamat bersukan dengan cergas dan riang. Ayuh! 😀

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

03. January 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.