Catatan Kelana Tugasan

Kembali mengatur langkah pada awal minggu hadapan setelah berhenti seketika untuk 2 hari, ya destinasi berbeza bagi setiap tugasan ^-^

Jadual tugasan luar bagi tahun 2010 buat suami tersayang dan saya, benar-benar mencabar jadual waktu tetap sekolah di rumah kami, tidak seperti tahun sebelumnya. Namun, cabaran tetap diharungi dengan penuh tabah.

Alhamdulillah, rezeki kurniaan-Nya 😉

Oleh yang demikian, saya telah mengubah dan menetapkan hari utama bagi setiap minggu untuk anak-anak teristimewa ke masjid, rumah anak-anak yatim & warga tua, kelas tarian, aktiviti latihan senaman dan gedung buku.

Sesi pelajaran akademi serta kemahiran kendiri dijalankan seperti biasa di dalam rumah dan persekitaran terdekat. Manakala acara bulanan pula bagi lawatan ke perpustakaan awam dan muzium negeri dilakukan secara berkala.


Antara tempat persinggahan yang lalu.


HidE-cHan!
Anak kecil ini leka menikmati aiskrim hingga tidak mengendahkan kesibukan jalan raya dibelakangnya yang hanya dijarakkan oleh cermin daripada tingkat 2, bangunan kompleks perniagaan dan medan beli-belah.

Kesibukkan itu juga telah menyebabkan jemputan khas jamuan Aidilfitri sebagai salah seorang penulis daripada pihak penerbitan dermawan: PTS, telah ditolak dengan baik T-T.

Berita baik daripada pihak PTS sejak bulan Ramadhan lalu, kemas disimpan untuk pengumuman khas buat rakan pembaca blog yang amat saya hormati. Nantikannya di akhir bulan Oktober – awal bulan November 2010 ini, Insya-Allah 😀

Sehingga bertemu lagi, teman comel. Moga Tuhan sentiasa memberkati dirimu. Peluk! >w<

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

02. October 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.