Kejutan Istimewa Di Hari Lahir
Soalan Hari Ini:
Bagaimanakah cara terbaik untuk tidak menangis jika mempunyai anakanda comel yang telah berpakat dengan bapa kesayangan mereka selama berbulan-bulan untuk memberikan kejutan terindah buat ibunda yang sememangnya seorang fanatik karya animasi?
Ya, secara jujurnya perjanjian mereka telah berjaya membuat saya terharu T_T *tangisan gembira!*
Terima kasih sayang *peluk & cium* >O< Alhamdulillah.
Nota: Sila ambil langkah berwaspada jika anda secara tidak sengaja bertembung atau terjumpa dengan anak-anak manja ini kerana mungkin anda mangsa seterusnya!
Jangan tertipu, jangan terpedaya. Hati-hati ya ^-^
Fakta Menarik:
Sewaktu anakanda KiruaMi-cHan berusia 1 tahun 6 bulan, dia sentiasa cuba sedaya-upaya bagi mengambil atau merebut alat kawalan jauh televisyen untuk menukar siaran yang sedang asyik ditonton ibubapanya. Putera kecil ini amat gemar menatap rancangan dokumentari manakala ibubapanya leka menyaksikan siri kartun animasi secara marathon. Heee!