Dunia Mama

Subhanallah, sudah masuk pertengahan tahun 2010. Bulan Jun!

Saya tetap berjuang dengan semangat azam di awal tahun baru dan tugasan yang digalas juga menjadi bertambah berat. Namun, disebabkan minat dan dorongan kasih mesra daripada suami dan anak-anak tersayang, maka langkah ini diteruskan dengan ceria 😉 Alhamdulillah.

Bagaimana pula dengan para pembaca yang saya segani? Moga rezeki anda sekeluarga bertambah dan diberkati-Nya. Amin~

Walaupun sibuk dengan kerja luar, tetapi saya kekal meneruskan penghasilan penulisan manuskrip buku baru untuk syarikat penerbitan terbilang: PTS (ya, sedang menulis 3 manuskrip berbeza dalam satu masa!).

Tidak sabar menantikan terbitan buku pertama yang telah dihantar lengkap pada 2 bulan yang lalu dan sedang menghitung hari dengan penuh teruja proses pengeluarannya. Buku kedua pula dalam proses akhir dan kini sarat menyiapkan baki buku yang telah dijanjikan untuk tahun ini bersama tim-tim hebat PTS ^-^


Oh, teruskan usaha!

Sebaliknya, jadual homeschool bersama anakanda tersayang pasti tidak akan dilupa. Giat berusaha hari demi hari, direncanakan setiap jam. *Alhamdulillah* 😀

Seperti yang telah dijanjikan kepada permata hati saya, mama telah berjanji untuk menghias gelungan rotan Hula Hoop si comel jika si kecil berjaya mengatasi cabaran permainan tersebut.

Oleh itu, saya telah bertungkus-lumus serta mengambil masa selama 2 jam untuk menyelesaikannya. Yeah!


Pelbagai warna!

Moga minggu ini dapat menyempurnakan lebih banyak agenda yang telah dirancang. Insya-Allah.

Semoga hari liburmu diisi dengan aktiviti menarik dan menggembirakan, bonda! *peluk* 😉

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

04. June 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.