Hari Eksklusif Bersama Bonda

Alhamdulillah, walaupun hanya sempat beristirehat bersama keluarga diwaktu yang singkat. Namun, suami tercinta tidak pernah lupa untuk menambat hati ini. Terima kasih kanda 😉

Ya, dibawa membeli-belah ke gedung buku kegemaran dan dihadiahkan beberapa buah buku yang comel rekabentuknya serta dikejutkan dengan pemberian kosmetik baru olehnya.

Oh, anak gadis kecil juga mendapat habuannya! *sangat bertuah, Reihi-cHan & YunaFi-cHan tersenyum girang bukan kepalang*

Set A: Adalah alat solek terbaru saya ^-^

  • SkinFood: White Grape Fresh Base
  • Maybelline: Long Extreme Double Stretch Mascara (Black)
  • Silkygirl: Moisture Max Lip Gloss (07-Hazelnut)

Set B: Kosmetik khas buat si nona kecil! Tambahan kepada himpunan lama.

  • Silkygirl: Moisture Gloss (10-Vintage Rose)
  • Silkygirl: Pure Soft Pressed Powder SPF20 (03-Rose Beige)

Bersyukur kerana dapat meluangkan masa bermain tata rias bersama anak perempuan saya. Bermain menatarias solekan pada wajah si kecil, belajar mendandan rambut, mencuba pelbagai koleksi aksesori bondanya. Heee, sangat terhibur dengan keletah anak-anak comel.

Itulah hari khusus untuk puteri tersayang 😀

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

24. January 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.