Sesi Kembara Tugasan

Salam rindu dan salam harmoni buat rakan pembaca yang dihormati lagi dikasihi 😉

Semoga sentiasa sihat dan kekal ceria, Amin~

Pertama sekali izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan diatas ketiadaan kemaskini terbaru untuk beberapa minggu yang lalu disebabkan sesi kelana tugasan yang memerlukan saya memberikan perhatian khusus buat pembelajaran sekolah di rumah untuk si manja serta komitmen penuh untuk klien terhormat.

Bukan sedikit memori indah yang telah ditempuhi sewaktu pemergian lalu, namun tidak sempat untuk melakarnya di sini disebabkan kesuntukan masa. Maaf ya teman comel! >w<

Namun begitu, jutaan terima kasih kerana masih sudi menghantar email, SMS bersama doa kudus yang dititipkan buat saya sekeluarga. Kami amat menghargainya 😀 *tangisan gembira, pelukan bahagia!* Saya akan cuba untuk membalasnya di masa lapang. Andalah kenalan terunggul.

Alhamdulillah, kini saya sedang giat menulis proposal buku keempat untuk pihak PTS yang komited sepanjang masa. Ya, di waktu yang sama saya sedang rancak menyiapkan baki tambahan penulisan untuk buku ketiga. Penerbitan buku pertama telah dilanjutkan tarikhnya disebabkan buku ini merupakan edisi premium (keluaran khas) dan memerlukan lebih masa buat tim editorial PTS Millenia. Insya-Allah, bersama kita nantikannya ^_^

Antara kegiatan menarik yang telah saya lakukan sewaktu kembara kerja luar ini adalah aktiviti membeli-belah untuk semester terakhir sekolah di rumah. Sesi ini telah mendapat kelulusan dan peruntukan 3 kali ganda daripada suami tercinta berbanding kos tahun lalu disebabkan prestasi yang sungguh memberangsangkan. *Yeay, keriangan berganda! Terima kasih sayang ^O^ * Sila tunggu dengan sabar ya episod kemaskini ini 😉

Jutaan terima kasih pada penaja terkini: Cik Pei See yang telah bersusah-payah menghantar 2 bungkusan istimewa yang akan dipaparkan di laman utama LittleKittle.com di awal bulan Ogos 2010 ini. Perasaan yang sangat teruja! >_<

Pertama! ^-^

Kedua! ^___^

Hari Sabtu ini *esok!*, saya akan bertemu dengan peserta seminar Homeschool “Chatter” Moment (II) di hotel 4 bintang yang bertempat di ibu negara. Secara peribadinya, saya akui bahawa saya tidak sabar untuk berjumpa dengan mereka kerana kali ini merupakan sidang terbaru dan terdapat lebih banyak perkongsian ilmiah yang bakal ditelusuri bersama. Pertanyaan yang paling mencuit hati saya adalah “Mamafiza, apakah tema kod pakaian untuk acara kali ini?“. Begitu bersemangat calon yang akan hadir!

Bagaimana pula dengan perancangan hari minggu anda? Jika tidak keberatan, sila kongsikan bersama 😉

Sila jaga kesihatan diri dan sentiasa tenangkan minda dengan berfikiran positif. Sehingga bertemu kembali, Insya-Allah.

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

13. January 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.