Perjalanan Bermula (Bersama PTS)

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terindah buat saya sekeluarga >_<

Di mana kami berada? 😉

Ya, baru sahaja selesai pertemuan pertama bersama Cik Ashikin yang rupawan, Editor Perolehan, PTS Millenia Sdn Bhd di Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Berita gembira, permulaan kelana saya sebagai penulis bersama penerbit PTS yang berwibawa. Sungguh terharu, hati penuh riang! 😀 Syukur kehadrat Illahi~

Bagai dibuai mimpi indah, kami sekeluarga meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Namun, disebabkan terlalu teruja (yang melampau! Heee. . .), kami tersalah jalan sehingga tiba ke puncak Genting Highland (dan tiada jalan pintas untuk berpatah balik)!

Penangan aura PTS yang pasti tidak akan dilupakan ^_^

Eh, di mana kita?

Nota: Hanya tersedar apabila telinga berdengung secara tiba-tiba -_-

Telah berada di landasan yang betul, namun Kuala Lumpur dilitupi jerebu yang tebal hinggakan bangunan mercu tinggi KLCC dan KL Tower hampir tidak kelihatan.

Insya-Allah, saya akan cuba mengemaskini blog ini bagi lanjutan kisah seterusnya tentang kehidupan baru saya sebagai penulis buku.

Penulisan di blog ini bertemakan diari nota ringkas dan ceria (jauh berbeza dari gaya penulisan saya untuk laman web sekolah di rumah). Harap anda menyukainya.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan ikhlas saya. Saya doakan yang terbaik buat anda semua *peluk!*. Amin ^O^

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

11. January 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.