Lampu Bacaan Mini

Entri ini khas untuk teman rupawan saya: Cik Zaidathul Akma yang baru sahaja mengikuti acara Homeschool “Chatter” Moment II (Upgraded), pada hari Sabtu yang lalu.

Ingin tahu bagaimanakah cara saya melanjutkan ikhtiar membaca walaupun jadual mingguan yang sibuk?

Ya, selain memiliki pelbagai himpunan penanda buku yang diperbuat daripada magnet, kertas kadbod, gelungan getah dan rantaian, saya juga mempunyai lampu bacaan mini yang membolehkan saya meneruskan rutin bacaan harian saya di mana sahaja tanpa sebarang penangguhan *Alhamdulillah*.


Terdapat 2 jenis lampu mini >_<


Pakej tambahan untuk waktu kecemasan dan kritikal.
Sangat penting untuk saya!

Saya memilih untuk menggunakan lampu mini ini disebabkan cahayanya tidak mengganggu anak kecil manja yang saya susui setiap kali waktu penyusuan dan pembacaan. Mudah, bukan? 😉

Jangan gusar, para pembaca yang budiman boleh mendapatkannya di gedung buku komersial seperti Kinokuniya, MPH, Popular, Gramedia dan Borders.

Selamat meneruskan perjuangan membaca! ^O^

p/s: buat teman pembaca yang ingin mengikuti acara Homeschool “Chatter” Moment Pledge pada 2hb Oktober 2010 dan ulangan HCM II (Upgraded) pada 26hb Disember 2010, sila layari laman ini untuk maklumat lanjut. Tempat adalah terhad. Kod harga promosi: HCM2010. Terima kasih ^__^

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

11. January 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | 2 comments

Comments (2)

  1. salam..boleh tak klau kak mtk tolong belikan book light tu. susahnya nk dapatkn bende tu tmpat akak ni. search punye search terjumpa entry ni.

  2. Assalammualaikum wbt khas buat Cik Zie yg anggun >_< Mohon jangan bimbang, lampu bacaan ini terdapat di kedai buku Popular, MPH dan Kinokuniya ^_^ Sila cuba ya. Terima kasih krn sudi bertanya 😀

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.