Teman Media Unggul

Edisi entri khas ini adalah buat teman media yang amat saya kagumi keluhuran peribadinya: Cik Puan Siti, jurnalis akhbar Harian Metro, sebagai kenangan bersama 😉

Beliau adalah insan istimewa bagi saya dan keluarga kerana sifat keprihatinannya serta mempunyai ciri terbaik sebagai seorang rakan walaupun baru sahaja mengenalinya di awal tahun ini.


Saya sangat suka dengan Cik Siti kerana selain berbudi bahasa,
beliau juga tidak lokek untuk bergambar!
Beliau merupakan bonda tersayang buat puteri dan putera manjanya 😀


Terima kasih juga pada krew Starbucks Alamanda, Putrajaya yang tidak jemu melayan karenah saya dan famili sejak tahun 2008 hingga kini >_< (Ibarat rumah kedua pula, lihatlah gaya si penulis berbaju rona gelap yang hanya berselipar Jepun sahaja, haih!). Ya, kedua-dua gambar di atas adalah hasil tangkapan krew yang produktif itu!

Jutaan terima kasih Cik Siti diatas keyakinanmu, Alhamdulillah, saya telah ditemuramah oleh pihak Cik Siti bagi sesi kedua tahun ini pada 5hb Ogos yang lalu.

Semoga segala urusan dilapangkan oleh-Nya. Amin~ ^_^

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

10. January 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.