Koleksi Aksesori Hiasan Rambut

Perhiasan rambut menjadi himpunan kegemaran anak-anak cilik saya 😉

Walaupun begitu, si manja telah diajar untuk menghargai semua koleksi yang dimiliki agar dapat dikongsi bersama dan digunakan dalam tempoh yang lama.

Penyumbang dana untuk pembelian peralatan ini tentunya daripada peruntukan khas (4 kali setahun) yang telah diberikan oleh suami tercinta agar puteri muda mendapat keperluan sewajarnya tanpa berlakunya pembaziran. *Oh, sangat terharu! Terima kasih sayang!*

 


Koleksi untuk bulan Julai 2010, milik si nona cilik yang molek 😀 *Alhamdulillah* Setiap perincian keperluan si manja amat diutamakan oleh ayahanda kesayangan mereka.

Nota: Sewaktu di zaman persekolah, saya sering menggunakan pensel 2B sebagai cucuk sanggul untuk merapikan rambut di bahagian belakang disebabkan kesibukan tugasan sebagai pelajar yang tidak mempunyai masa lapang untuk merias diri di depan cermin, namun kini terujanya saya pabila melihat terdapat cucuk sanggul keluaran terkini yang berbentuk bagai pensel sebenar di kedai aksesori rambut >_<

Tetapi harganya lebih mahal pula daripada sebatang pensel biasa! *hoho*


Anting-anting, cucuk sanggul dan tiara kecil yang baru buat bonda, koleksi tiara mini dan kerongsang pelbagai warna buat puteri-puteri teristimewa ^O^

Bagaimana pula dengan anakanda putera KiruaMi-cHan?


Putera sulung sedang leka membelek kamera ^___^

Tentunya kehendak si putera berlainan sekali dengan si puteri ^_-

Nantikan kemaskini tersendiri daripada anak teruna kecil di laman web sekolah di rumah.

Sehingga bertemu lagi di terbitan akan datang, Insya-Allah 😉

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

09. January 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.