Note: 9th May 2009 – Special update regarding to my greatest lady CEO: Miss Farah from SaraKids, Shah Alam 😀 Happy Mother’s Day gorgeous mommies, you’re the BEST!

——————————————————–

PERADUAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI IBU

mothers-day-contest

Penaja Utama: SARA KIDS

Penaja bersama: MOM’S CHOICE, LUNATOTS, LITTLEKITTLE

Syarat-syarat penyertaan:

1) Penyertaan terbuka kepada pelanggan-pelanggan SARA KIDS dengan setiap pembelian RM 50 ke atas samada di Butik SARA KIDS Shah Alam, Cawangan Ipoh (Greentown Mall) atau pembelian dari website SARA KIDS. Penyertaan juga terbuka kepada pelanggan-pelanggan Lunatots Online Store, Mom’s Choice Online Store dan pembelian e-book di Littlekittle.com store. (Pembelian RM 50 ke atas)

2) Pembelian yang sah berkuatkuasa daripada 15 hb April 2009 . Sila kepilkan bukti pembelian (bil/Order ID) bersama email atau borang penyertaan. Borang boleh didapati di outlet SARAKIDS Shah Alam & Ipoh.

3) Tuliskan sebuah esei tentang pengalaman menjadi ibu (manis atau pahit), atau pengalaman menjadi anak kepada ibu anda sendiri. Kredit akan diberi kepada penyertaan yang terdapat kisah “penyusuan ibu/breastfeeding”.

4) Penyertaan boleh dihantar melalui email kepada admin@sarakids.com ATAU admin@momschoice.com.my ATAU terus ke butik SARA KIDS.

Untuk pembelian di Mom’s Choice, penyertaan berupa entri blog juga diterima. Copy logo peraduan ini dan pastekan pada entri yang berkenaan. Tinggalkan komen di hujung entri ini dengan menyertakan link entri blog anda serta Order ID untuk pembelian RM50 ke atas di Mom’s Choice Online Store.

Semua penyertaan adalah bermula pada 1hb Mei 2009 dan tamat pada 5 Jun 2009.

5) Sebarang keputusan adalah muktamad. Esei semua pemenang akan dipaparkan di dalam entri blog SARA KIDS dan penaja lain.

Hadiah Utama: Pakej percutian 2 hari 1 malam di Tiara Beach Resort, Port Dickson tajaan Butik SARA KIDS.

tiara

Hadiah Saguhati (10 pemenang) : Door gift/hamper berupa produk sumbangan para penaja.

BAGI PEMBACA BLOG SETIA MUMMY SARA & SYASYA

Anda juga berpeluang menyertai peraduan ini.

Syarat2 Penyertaan:

mothers-day-contest

1) Copy paste banner di atas dan link semula ke blog Mummy sara & syasya dan ceritakan pengalaman anda menjadi seorang ibu dan juga anak kepada ibu anda. Credit akan diberi kepada penyertaan yang terdapat kisah “penyusuan/breastfeeding”.

Hadiah adalah terhad kepada 10 penyertaan esei terbaik.

2) Semua penyertaan adalah bermula pada 1hb Mei 2009 dan tamat pada 5 Jun 2009.

3) Keputusan adalah muktamad dan terima kasih atas penyertaan anda.

4) Cara-caranya: Anda boleh tinggalkan komen di entry ini beserta link ke blog anda, dan anda boleh meneruskan penceritaan/esei di blog masing2.

  • Penyampaian hadiah akan di adakan di Butik SARA KIDS, Shah Alam sempena sambutan ‘Mini Open Day’ SARA KIDS dan Sambutan Hari Bapa serta Majlis Hari Jadi Puteri Sara Azalea (anakanda kepada Puan Farah, pengasas SARA KIDS) pada 14 Jun 2009.

“SELAMAT HARI IBU”

——————————————————–

Gambatte ne mommies~

Best of luck *hugs* 😉

p/s: Just update my “Author” page. Alhamdulillah!