Salam sejahtera buat warga MHU
Kami di Malaysia Homeschool Unite ingin membuat survey berkenaan keluarga yang menjalani "homeschool lifestyle", khususnya di Malaysia.
Semoga para pelawat yang setia boleh memberi komen atau pandangan mengapa anda dan pasangan memilih "homeschool lifestyle" dan cerita disebalik sejarah permulaan "homeschool journey" keluarga anda.
Apa pula pendapat para pelawat yang memilih pendidikan di sekolah awam/swasta tetapi masih berminat untuk membuat aktiviti "homeschool" bersama anak-anak di waktu lapang. Mengapa perlunya "homeschool" bagi anda?
Adakah anda setuju "homeschool" yang bukan dijalankan oleh ahli keluarga tetapi mengupah tutor atau institusi lain untuk menjalankan "homeschool" bagi pihak anda?
Sila utarakan juga jika anda langsung tidak berminat atau menganggap "homeschool" hanyalah sebagai pembaziran masa; mengapa dan apakah langkah lain yang boleh diambil?
Topik dibuka untuk perbincangan secara telus dan menyeluruh
Terima kasih diatas input anda.


LinkBack URL
About LinkBacks







Reply With Quote







Bookmarks