Mutiara Bonda

Post by MamaFiza on January 31, 2014 

Siapa pula anak-anak kecil ini?

Aduhai, comel nya ;) Ingin buat kad istimewa untuk bonda mereka di Hari Ibu.

Oh, terima kasih sayang. Sungguh terharu *sebak* T-T

Mama sangat menghargainya *peluk & cium!*

Dikaulah permata hati mama buat selamanya~

Sihat dan Ceria, Anugerah-Nya

Post by MamaFiza on January 30, 2014 

Subhanallah, indah sungguh panorama matahari terbenam ini :-D

Tenang dan mengasyikkan ^-^

Nota: Gambar-gambar diambil oleh suami saya yang perkasa *heee . . .*

Terasa hanyut dibuai masa . . . abadikan kenangan syahdu ini~

Inilah permandangan yang dapat saya dan keluarga lihat setiap kali sesi latihan senaman kami selesai diwaktu petang.

Jiwa damai, minda segar, badan selesa *Alhamdulillah* ;)

Ingin tahu apakah rutin riadah kami? Sila sabar menanti terbitan hadapan, ya?

Konferensi Pertama PTS Professional

Post by MamaFiza on January 29, 2014 

Ceria sungguh reaksi muka gadis berbaju kurung dibawah :-D

Bagai ada rahsia besar yang menggamit hatinya.

Oh, maaf ya. Dia bukan lagi seorang gadis sunti. Dia telah menjadi ibunda kepada 4 orang anak comel >_<

Ini gambar saya bersama Tuan Aizat yang disegani dan Tuan Yusry yang dihormati. Tim hebat PTS Professional ;) Gambira dapat berbincang atas urusan penerbitan bersama PTS. Sila klik disini untuk album penuh. Terima kasih.

Jutaan terima kasih PTS kerana sudi berbelanja besar untuk saya pada pertemuan pertama ini. Makanannya sungguh enak, krewnya peramah dan berbakat mengambil gambar! (Ya, lihatlah bukti diatas ^-^). Saya insan paling bertuah disana!*Alhamdulillah*

Ilham & Inspirasi

Post by MamaFiza on January 28, 2014 

Ini nukilan bergambar bagi si obses buku bernama MamaFiza ;)

Atas minat mendalam, setiap hari perlu habiskan bacaan bagi 10 buah buku bukan fiksyen.
Terasa melayang ke alam khayalan *ya, walaupun bukan novel, heee . . .*

p/s: saya menyimpan hasrat tinggi untuk bertemu novelis PTS terhebat: Cik Ain Maisarah!

Rindu ini tidak akan berakhir~

Idam perpustakaan peribadi terbesar buat keluarga tersayang ;)

Hasil pembacaan dari buku merupakan sumber ilhamdan inspirasi saya untuk terus mencuba memperbaiki diri ini. Perlukan lebih masa untuk membaca ilmu yang mesti dipelajari.

Alhamdulillah kerana hobi ini disokong 100% oleh suami yang sentiasa menjadi pembakar semangat. Terima kasih kanda! *ho ho ho*

Para pembaca yang berhati bak bidadari, teruskan budaya membaca sebagai amalan harian anda >_<

Page 5 of 179« First...34567...Last »





Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin