LittleKittle.com @ Harian Metro (VII)

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 5th December 2012

This is Speedy Post. TQ!

Ohaiyo gozaimasu beauteous momma *kitten hugs* 😀

*Alhamdulillah*

Super speedy update for today, we’ve been featured in Harian Metro newspaper, together with my very special lady boss; interviewed by Miss Siti (the superb journalist!) today for 7th times. Alhamdulillah *happy tears*

Now, let’s get down to business >_< Thank you Lord!

——————————————————–

 

homeschoolmalaysia-1Tadaa . . . 😉

homeschoolmalaysia-2Close-up, please ^-^

homeschoolmalaysia-3With love; Madam Sophie J ^_-

homeschoolmalaysia-42nd pages 😀

homeschoolmalaysia-5Alhamdulillah ^O^ (1st page)

——————————————————–

For those of you who do not have the copy of the above Harian Metro‘s newspaper, you may read ’em below via online format.

Copy & paste as below:


Hati: Rangsang Si Kecil Lebih Berdikari

Oleh Siti Zarinah Sahib

Semuanya bermula selepas anak ketiganya, Nur AdlyaNasuha Abd Rahman, 11, tidak mahu ke sekolah sejak di sekolah tadika. Malah ketika tahun satu dia hanya ke sekolah enam bulan diikuti tahun dua selama dua hari dan tahun tiga, dua bulan saja. Hati ibu mana yang tidak bimbang memikirkannya. Namun begitu Nur Adlya seorang yang bijak dan mampu menguasai pembelajaran sama seperti kanak-kanak lain.

Menyedari anaknya amat meminati pembelajaran di rumah lantas Sophia Jusuff memulakannya. Daripada situ, Sophia mula mencari kenalan yang menjalankan sekolah di rumah, antaranya Hafiza Abd Rahman, penceramah pejuang pendidikan di rumah yang ditemui ketika menghadiri seminar anjuran LittleKittle.com. “Rupanya saya tidak keseorangan. Ramai yang senasib dengan saya dan memilih sekolah di rumah untuk anak-anak. Saya mula mendapatkan tip pembelajaran berkesan di rumah dan mula berkongsi apa saja masalah dengan Hafiza,” katanya memulakan bicara.

Falsafah Sophia yang mementingkan kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak menyebabkan wanita ini mengutarakan hasrat membina pusat program holistik seisi keluarga HappyMindz kepada Hafiza Abd Rahman. Menurut Sophia, idea penubuhan HappyMindz selain ingin memberi peluang kepada kanak-kanak terutama mereka yang bersekolah di rumah, ia juga cetusan sanubari Sophia sendiri apabila dulu dia langsung tidak berkesempatan mengikuti kelas kemahiran seperti tarian dan seni mempertahankan diri kerana faktor kemiskinan.

“Dulu saya tinggal di Singapura dan ayah hanya bekerja sebagai pemandu teksi. Sebagai anak memang saya teruja apabila melihat rakan-rakan menyertai pelbagai kelas namun keluarga tidak mampu dan saya hanya belajar di sekolah,” ujarnya. Menyedari ramai ibu bapa yang inginkan anak-anak mendapat pelbagai kemahiran selain pembelajaran formal di sekolah, HappyMindz adalah lokasi yang tepat dan bersesuaian sebagai memenuhi cita-cita dan impian ibu bapa.

HappyMindz membawa pengertian yang besar, iaitu pentingnya mempromosikan minda ceria kepada kanak-kanak kerana daripada situ ia akan membawa perubahan positif kepada mereka. Ia menawarkan pelbagai aktiviti inovatif seperti kelas tarian balet, jazz, hip hop dan tradisional, klinik perundingan pendidikan, pembelajaran sains, lukisan, kesenian, drama, muzik (piano dan gitar), kelas seni mempertahankan diri seperti silat, taekwondo, aikido serta kelas asas Bahasa Melayu Tinggi, Inggeris, Jerman, Perancis, Korea, Jepun, kelas keibubapaan dan kelas perniagaan dari rumah.

Menurut Sophia, membuat pilihan untuk kelas aktiviti kanak-kanak dan keluarga sememangnya lebih sukar daripada realiti. Ini kerana, ibu bapa harus mempertimbangkan kepentingan individu disebabkan perilaku dan kecenderungan setiap anak unik dan berbeza. Contohnya, anak-anak yang sebelum ini menyukai tarian dan muzik boleh berubah menjadi sebaliknya apabila berada di kelas atau di hadapan orang ramai. “Perkara ini berlaku disebabkan rangsangan serta didikan yang kurang berkesan diberikan guru bagi memberikan kelainan dalam suasana pembelajaran di kelas.

“Selain itu, ibu bapa harus mempertimbangkan jadual kelas, lokasi, harga, jadual mingguan keluarga dan aspek keselamatan. Aktiviti kokurikulum sewajarnya menjadi pengalaman pembelajaran yang positif bagi membolehkan ibu bapa melihat setiap perkembangan kanak-kanak dalam keadaan bersedia, terlatih dan berupaya. “Contohnya seawal minggu pertama, ibu bapa boleh mendaftar bersama bayi di kelas sokongan ibu bapa atau gimnasium bayi yang dapat mempertemukan ramai ibu bapa lain.

Kelas ini biasanya dibantu oleh pakar dan pelatih profesional dalam pembangunan kanak-kanak dan salah satu cara terbaik mewujudkan rangkaian komuniti kepada individu yang memasuki fasa baru dalam kehidupan. “Walaupun pada mulanya bayi tidur atau menatap wajah antara satu sama lain di dalam kelas, dalam masa yang singkat kebiasaannya mereka akan bergerak dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka,” jelasnya. Sesetengah kanak-kanak pula secara semula jadi berminat menyertai kelas tambahan anjuran pelbagai pusat kemahiran yang memberi pengkhususan dalam aktiviti tertentu. Contohnya bola sepak, renang dan gimnastik yang sangat popular bagi anak-anak aktif.

Secara amnya, semua kelas ini memperkenalkan si kecil menguasai penggunaan peralatan, menambah perbendaharaan kata pada usia muda di samping penekanan mengenai peraturan permainan (termasuk keselamatan). Kanak-kanak boleh meluahkan kreativiti dan perasaan mereka dengan cara yang sihat. “Bagi kanak-kanak yang sudah mengikuti kelas muzik pula pada kebiasaannya lebih bersedia untuk aktiviti yang lebih berstruktur. Kelas berbeza menjadikan pelajar lebih berdisiplin serta membolehkan anak-anak gembira dengan kebolehan terpendam mereka,” jelasnya.

Bagi dirinya pula, dia menggalakkan kanak-kanak prasekolah mempelajari instrumen muzik dengan cara tersendiri dan kreatif manakala kanak-kanak berusia enam hingga 10 tahun mula diperkenalkan dengan piano diikuti instrumen lain pada usia seterusnya. Pendedahan awal ini selalunya dapat membantu anak-anak lebih berkeyakinan berhadapan pelbagai situasi persekolahan.

Selain itu kelas seni misalnya tidak hanya menarik, tetapi menyediakan bahan untuk meneroka dan mencipta elemen baru. Ia pengalaman pertama mereka dalam memanipulasi medium yang berbeza. Selain itu, kelas seni lebih ‘tenang’ dan membantu anak-anak yang aktif untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Tambah Sophia, kanak-kanak sebenarnya belajar daripada semua aspek pembangunan sekitar. Mendengar nota dalam kelas muzik mencetuskan sambungan pada neuron otak yang akan digunakan apabila mereka menyelesaikan masalah matematik. Bermain bersama atau cat mural membina kemahiran bersosial dan mengajar kanak-kanak yang lebih berusia mengenai kepentingan kerjasama dan kerja berpasukan. “Secara tidak langsung kognitif kanak-kanak lebih mendalam mengenai cara penyelesaian masalah dalam perspektif berbeza. Mereka juga berpeluang belajar mengenai budaya serta berkenalan dengan rakan pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza di kelas,” jelasnya. Apa yang ibu bapa perlu tahu kanak-kanak sebenarnya bukan hanya berminat kepada kandungan latihan di dalam kelas, tetapi juga pada tenaga pengajar, rakan sekelas dan bahan pengajaran yang disediakan.

Kelas tambahan berunsur holistik ini membolehkan kanak-kanak menjadi insan yang lebih berdikari dan mempunyai nilai kendiri yang baik kerana pengalaman mereka dirangsang aura positif oleh tenaga pengajar manakala kanak-kanak yang diberi peluang membuat keputusan mengenai pelbagai perkara dengan bimbingan ibu bapa akan membantu mereka menjadi lebih selesa dan yakin pada diri sendiri. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang www.happymindz.com

 

——————————————————–

See you later then, do take care my lovely ladies 😉

05. September 2016 by MamaFiza
Categories: LittleKittleTV, Mama's Talk, My Fun Homeschool | Leave a comment

Episod 1. [Perjalanan Kembara Ilmu]

Auto-Published.

——————————————————–

Tarikh: 30hb Ogos 2013

*kisah benar, hakmilik terpelihara Happy Mindz Publishing*
 mamafiza-kembara-ilmu

Situasi hening awal pagi, sebelum masuk waktu solat Subuh. Mata kemerahan dan berair kerana masih belum sempat terlena untuk tidur disebabkan jari jemari masih sibuk menaip papan kekunci komputer riba bagi menyiapkan tugasan kerja yang menjadi amanah sebagai salah seorang pekerja di syarikat milik majikan. Dan akhirnya. . .Alhamdulillah, selesai noktahnya buat seketika.

Bingkas bangun berlari ke tandas membasuh muka, mandi segera bagi menyegarkan badan dan mengambil wudhu bagi menjalani kewajipan sebagai seorang hamba-Nya. Diri menggigil kesejukan lantaran terlupa menggunakan alat pemanas air moden yang menunggu setia di sudut kamar mandi.

Ya, hari ini hari Ahad. Namun, ku galas tanggungjawab baharu sebagai pelajar diusia yang kian senja. Mengapa? Mereka sering bertanya. Malahan persoalan ini menjadi tidak asing lagi buat rakan dan taulan yang begitu bimbang dengan keadaan kesihatanku yang begitu tipis kondisinya oleh sebab jadual harian yang sudah tersedia padat. Jawabnya mudah sahaja, diriku masih dahagakan ilmu.

Benak ini semakin berkarat, tidak mahu kurniaan-Nya ini terbiar angkuh walau seketika. Oleh kerna itu, sudah satu tahun juga diri ini telah menjadi pelajar separuh masa untuk menara gading yang sentiasa dekat di hati. Selamat bertemu kembali, meja belajar dan pensyarah-pensyarah yang dicemburui kebaikan budi luhurnya.

Sementara itu, kini juga sudah masuk tempoh 2 tahun setengah diriku menuntut ilmu pengetahuan dengan teman-teman di mana sahaja, di pelbagai majlis ilmu, studio tarian, gelanggang sukan, stesen bas, stesen komuter, pasar malam dan pasar tani hatta walau di mana sahaja, walau siapa sahaja, mereka pendidik, guruku yang tidak lokek berkongsi ilmu. Namun, hati ini masih belum puas. Semuanya mahu diimplimentasikan buat anakanda tersayang dan pelajar yang dikasihi.

“Fiza, ambil tempat kamu”, tegur suara itu. Kaget melihat kelibat beliau yang muncul seawal jam 7.30 pagi. Sambil tersenyum sapaanku seperti kebiasaan di awal pagi hari minggu, “Assalammualaikum, selamat pagi Prof”. Kerana itu tempat ku, tempat dudukku itu seperti telah diletakkan jampi serapah. Tiada siapa yang berani atau sanggup bergaduh denganku untuk tempat itu. Ya, bahagian paling tengah, yang paling hadapan. Jangan diganggu, tempatku. Sama ada di bilik kuliah atau di makmal komputer, jangan usik hidupku (hahaha, sindrom fanatik).

Prof mulai berbicara, “Pelajar sekalian, jika kamu keluar dan melihat ada anak berbangsa Melayu, Cina dan India. Dan terdetik di hatimu, “Eh, itu kanak-kanak bangsa Melayu. Oh yang itu anak Cina. Hmm ini anak India”, sila keluar daripada kelas saya sekarang. Kamu masih belum bersedia untuk menimba ilmu di sini. Bersihkan hatimu, anak didikku.”

Ya Allah, mengalir deras air mataku. Subjek ini amat bermakna buat diriku yang telah diasuh nenda untuk berkhidmat buat semua kaum tanpa beza jurang agama mahupun harta. Subhanallah, betapa agung-Nya kekuasaan-Mu, jutaan terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Mengapa masih ada pemikiran cetek dan dangkal yang masih mengamalkan pengasingan bangsa untuk kanak-kanak yang seputih salju lahirnya ke dunia ini? Ku hanya boleh berdoa, agar mereka dapat mengubahnya. Amin Ya Rabbal Alamin~

 
Kredit gambar: Tuan Khir Khalid
BenderaMalaysia

Kita satu bangsa, Kita satu negara,
Kita satu matlamat,
Kita satu bangsa, satu negara,
Kita satu Malaysia.

 

Bersama nukilan khas ini, saya kepilkan video hasil perkongsian daripada anakanda cilik kami, sempena hari kebangsaan yang penuh bermakna ini 😉 Moga aktiviti ini dapat dimanfaatkan bersama Cik/Cik Puan/Tuan yang disegani sekalian.

Let’s Be Smart – Art & Craft for Merdeka Day 

Note: Please click here if you can’t view the above video.

“Dengar sini kawan-kawanku sekampong, aku berharap janganlah hendaknya ada lagi manusia seperti ini (Buang) di tanah air kita. Kerana manusia seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita. Ya, memang bangsa kita masih muda dan lemah, tapi aku tak peduli itu semua. Harapanku adalah agar kita semua haruslah bersatu padu sesama bangsa” ~ Sarjan Hassan (karya seni agung; Tan Sri P.Ramlee)

 

——————————————————–

 

Semarakkan kasih dan semangat kemerdekaan yang amat bermakna ini buat semua ^_^

Semoga Allah swt sentiasa melindungi tanahair bertuah ini dan seluruh warganya, Amin~

#SehatiSejiwa

 

 

31. August 2016 by MamaFiza
Categories: LittleKittleTV, MamaFiza.com, My Fun Homeschool | Leave a comment

Behind The Scenes: Bella, NTV7 (Bella’s School Holiday Specials)

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 21st November 2014

*Alhamdulillah, thank you Lord. Lots of thanks to my dear hubby, beloved kiddies: KiruaMi-cHan, ReiHi-cHan, YunaFi-cHan and lil HidE-cHan*

Title: Bella’s School Holiday Specials

We would like to thank you to NTV7 & Crew, Bella Producer: Miss Nisa. Bella’s Assistant; Miss April, Bella’s Staff: Miss *J*, Miss *H***, Miss *h*** , Sir Jason, Sir CameraGuys. Bella Host: Miss Belinda Chee and the rest of NTV7 family for their hard work plus effort.

logontv7-littlekittle

Gratefully arrived! 😀

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-1In the studio with Bella Host: Miss Belinda Chee, remarkable producer and super hard working crews was helping us to reheat  2 type of foods that we prepared and made earlier from home ^O^
p/s: Many thanks for your endless kindness.

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-2Setting up the microphone for YunaFi-cHan ^-^
Peace pals by ReiHi-cHan 😉

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-3Hello friends, said KiruaMi-cHan 😉

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-4Rock on! by YunaFi-cHan ^_-

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-5Ready for 1st segment, hoo-yeah 😀

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-7Getting ready . . .

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-8Camera time from sweet lady, Miss April ^_^

Version 2Okie dookie, let’s start. Now ~ ^____^

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-9 littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-10Please speak up kids >w<

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-17Getting ready for 2nd segments.

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-11Say C-H-E-E-S-E 😀

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-13Kiddies waiting for me to start my solo’s segment >____<

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-12Happy chatting for 3rd segment >O<

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-14Food testing time by generous ladies, ^_^
They’re extremely kind hearted *salute!*

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-15 littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-16Simple and easy baked vegetables; 2nd menu for today’s show.
Before and after pictures 😉

littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-18 littlekittle-mamafiza-kids-bella-ntv7-19Before and after pictures for 1st menu at the show; choc and banana baked cakes.

Happy ending, Alhamdulillah (\\^_^//)

 

Together with this posting, I attached Bella Talk Show recorded show video, dedicated for fantabulous parents and caretakers out there.

*Credit to The King for recording matter* Thank you, my dear 😉

Bella – Childhood Memories *How to Make Some of the Best?* 

Note: Please click here if you can’t view the above video.

“At the end of the day, the most overwhelming key to a child’s success is the positive involvement of parents” ~ Jane D. Hull

——————————————————–

Gambatte ne, amazing mommies and daddies ^O^

May Allah swt always blessed your family. Amin

28. August 2016 by MamaFiza
Categories: LittleKittleTV, My Fun Homeschool | Leave a comment

Sneak Peek of Bella, NTV7 (School Holiday Specials)

Auto-Published.

——————————————————–

Filmed earlier (in the first, second and final segment) special dedication for “Bella’s School Holiday Specials“.

Gazillion thank you to fabulous ladies: Miss Nisa , Miss April & Miss Belinda Chee *honestly and sincerely, super thank you for an extraordinary opportunity*, Miss *h*** , Sir Jason and Sir CameraGuys, from NTV7 for Bella Talk Show 😀

Check out LittleKittle’s kids featured on tomorrow’s show, please don’t forget to watch Bella, NTV7, : Friday, 21st November 2014, 11am-12 noon.

littlekittle-bella-ntv7-school-holidays-mamafiza

Alhamdulillah, such a memorable time. Thank you Lord~ 😀

 

littlekittle-bella-ntv7-school-holidays-2014

Awesome lady boss, Miss Nisa ^___^

 

littlekittle-bella-ntv7-school-holidays

Kawaii lady assistant, Miss April ^O^

 

littlekittle-bella-ntv7-school-holidays-2014-1

Kind hearted lady, Miss **n** >__<

 

20. November 2014 by MamaFiza
Categories: Homeschool Official Event, LittleKittleTV, My Fun Homeschool, Speedy Update | 2 comments

← Older posts

Newer posts →