Hari Penuh Bererti

Post by MamaFiza on September 29, 2012 

Ya, Allah! Tuhan Yang Maha Pengasih! Moga rahmati dan limpahi kebaikan yang tiada batasan buat sahabat yang terlalu berbudi pekerti tinggi ini:

TERIMA KASIH Cik Mazri Ernie!!!

*izinkan saya menangis dengan penuh kesyukuran*

p/s: urutan bacaan mengikut susunan dari bawah ke atas, terima kasih ^-^

Jujurnya, masih belum kebah dengan tangisan lalu, dikhabarkan pula berita gembira ini *Alhamdulillah*  Moga Allah swt sentiasa merahmati setiap insan yang sering membawakan utusan baik buat kami sekeluarga, Amin~

Ceritera Kuih Raya

Post by MamaFiza on September 4, 2012 

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 3rd September 2012


Hari Sabtu yang lalu, terdapat beberapa orang anak-anak cilik yang hadir bersama ibubapa mereka ke acara mini jemputan tertutup kami sekeluarga bertanya kepada saya, “Auntie MamaFiza, semuanya makanan berat sahaja. Kuih raya, tiada?

Saya membalas dengan nada tersipu-sipu, “Kuihnya ada, tetapi makcik belum sempat basuh bekasnya dan isikan ke dalam balang kuih raya. Makcik minta maaf ya, si comel” T-T *tangisan kekesalan*

Disebabkan jadual tugasan dan sekolah di rumah kami yang amat penuh sejak dari bulan Mei hingga ke hari ini, persiapan kuih raya juga terlambat dikemaskini. Kami masih menghadiri tugasan luar walaupun cuti perayaan ;)

Jutaan kemaafan dipohon atas segala kesulitan ini, anak-anak kecil. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menceriakan hari kami tanpa kenal erti jerih, moga Tuhan sentiasa membalas yang teristimewa buat kalian sekeluarga, Amin~

Baru siap disusun, Alhamdulillah ^-^

Yum-yum-yum! :-D
p/s: paling menggemari kuih tiram buatan nenda tersayang -_- *igauan rindu*

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan

Post by MamaFiza on August 29, 2012 

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 2nd August 2012


Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Kali Ke 20 untuk tahun 2012, Peringkat Kebangsaan, Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan swasta. Berlangsung di Auditorium, Kompleks E, Presint 1, Putrajaya pada bulan Ramadhan-Al Mubarak yang lalu ;) *Alhamdulillah*

Jutaan terima kasih atas kasih sayang suami yang sudi menghantar saya ke acara ini serta sokongan padu daripada majikan istimewa saya yang merelakan saya hadir ke majlis ini untuk khidmat sukarelawati di bawah naungan Pusat Laktasi Negara.

Bersama “geng orang kuat” penyusuan ibu! *Alhamdulillah* :-D
Cuma Cik Rita Rahayu yang jauh di rantau orang.

Satu lagi . . . Kata K-E-J-U! ^O^

Bertuah kerana berpeluang berguru dengan Cik Puan Siti Mariam yang penuh karisma! Peluk beliau erat-erat! Cik Siti ini guru yang mudah dibawa berbincang dan pengasih orangnya. Masakan boleh mencari penggantinya~ Cik Siti, jutaan terima kasih kerana sanggup menerima saya sebagai anak muridmu (walaupun saya bersifat ADHD kekal! Haaa).

Cubaan menggoda Cik Puan Dr Hairin Anisa di waktu beliau sedang sibuk bertugas! He he he, terima kasih Dr kerana selalu sabar dengan perangai nakal saya. Ribuan terima kasih atas tunjuk ajarmu Dr. Ini adalah acara di bulan puasa, tetapi semangat kental beliau dalam mengharunginya sangat saya kagumi, hebat wanita ini!

Bersama Cik Nor Kamariah Mohd Alwi , SusuIbu.com , teman jelitawan yang tidak akan dilupakan jasa baiknya sejak perkenalan pertama di tahun 2005! Terlalu banyak kenangan manis dan ilmu yang tidak jemu dikongsi oleh beliau buat diri saya. Subhanallah, dirimu insan yang cekal Cik Kamariah, moga Allah swt sentiasa membalas yang terbaik buatmu sekeluarga, Amin~ ;)

Perbezaan tentang Cik Kamariah yang terkini buat diri saya ialah, beliau sangat anggun menggayakan busana kebaya ^-^ Beliau lebih jauh kehadapan dengan elemen komedi pabila berbicara dengan saya, amboi kalah saya yang gemar berjenaka ini! Tidak kering gusi saya dibuatnya, ha ha ha. Ish ish ish, cepatnya masa berlalu Cik Kamariah >w<

Gambar rupawan teman akrab “Kumpulan Lemak Sokongan” saya, yakni Cik Zilal bersama Cik Kamariah yang baik hati ^_-
Nota kecil: Cik Aqilah yang bertuah, kami merinduimu disana!!!
p/s: Cik Zilal, mengapalah kita berdua sering tiada jodoh bergambar berdua? Adakah kerana kita sering sibuk bertukar tugasan sebagai jurukamera amatur? :-D

Sempat bergambar bersama Cik Hayatie yang tinggi lampai bak model!
Beliau amat berbakat dalam hasil seni dan kreatif ^_^

Rezeki rahmat-Nya, dapat berjumpa dengan kenalan lama sewaktu menuntut ilmu 4 bulan di SMK(P) Likas, Kota Kinabalu! Cik Ainul Maria yang sentiasa girang dan penuh ilmu di dada! Rindunya saya pada beliau dan rakan-rakan suci yang lain, jutaan terima kasih kerana sudi menjadi teman yang berperibadi tinggi buat saya ^___^ Gembiranya!

Cik Iman yang comel, saya suka nama beliau dan cara percakapan beliau yang amat fasih berbahasa Inggeris ^_- Saya tidak percaya beliau sudah berkahwin dan punyai anak!

——————————————————–

Teruskan perjuangan murnimu ibu-ibu yang bersemangat waja, moga Allah swt sentiasa bersama kalian, Amin~ Peluk!!!

Ruang Timba Ilmu (II)

Post by MamaFiza on August 28, 2012 

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 10th June 2012


Kemaskini hari penganugerahan sijil oleh tenaga pengajar yang disegani buat saya dan teman-teman seperguruan yang comel lagi baik hati, Alhamdulillah ;)

Insya-Allah, gambar dan kemaskini seterusnya akan dimasukkan secara berperingkat minggu hadapan. Jutaan terima kasih kerana sudi membaca rentetan ringkas ini ^___^

Cik Puan Che Aini sangat menyukai terma baru yang saya cipta untuk “tandem nursing” iaitu penyusuan berganda, saya memaklumkan beliau yang saya telah mulai merekacipta perkataan tersebut dan menggunakannya sejak kewujudan laman web mamafiza.com di tahun 2010 ;) Alhamdulillah.

Saya berharap agar perkataan “penyusuan berganda” dapat digunakan dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka bagi menggantikan perkataan dalam bahasa Inggeris ini untuk kegunaan rakyat Malaysia khususnya, Amin.

Bersama ketua penceramah yang paling penyayang: Puan Siti Mariam Bt Ali ^-^
Saya sungguh senang sekali dengan keperibadian mulia beliau, tidak pernah kelihatan sekelumit sendu diwajahnya walaupun tugasan beliau sangat berat bebannya. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan saya suka dengan tips solekannya! Hehehe, comel sangat!

Jutaan terima kasih buat guru-guru yang disanjungi, jasa kalian amat dihargai hingga ke akhirnya :-D

Doa yang terbaik buat rakan-rakan yang tulus ikhlas semua :-D

Hanya ini koleksi gambar simpanan yang saya ada, jika Cik/Cik Puan miliki gambar lain, mohon email pada saya untuk diletakkan diruangan ini. Ribuan terima kasih ^_-

Ruang Timba Ilmu (I)

Post by MamaFiza on August 27, 2012 

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 4th-12th June 2012


Alhamdulillah, berkesempatan untuk menimba ilmu tambahan bagi kursus kaunseling penyusuan susu ibu (sesi 40 jam) di bulan Jun lalu :-D

Walaupun diri ini bertuah kerana berpeluang memberikan tempoh penyusuan eksklusif secara penyusuan berganda buat kesemua 4 permata hati tersayang (sesi penyusuan selama 30 bulan bagi setiap cahaya mata), namun jujurnya saya percaya bahawa lebih banyak perkara yang boleh saya dalami dan pelajari dalam perihal ini untuk didikan anak-anak kami dan juga atas amanat suami tercinta, majikan teristimewa dan sahabat suci. Jutaan terima kasih, kalian. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar >___<

Kami sekeluarga tiba sehari lebih awal di Sumai Suite Hotel, Kuala Terengganu untuk persiapan kelas yang lebih teratur untuk saya yang jadualnya terlalu sibuk di minggu-minggu lalu dengan tugasan. Gambar-gambar ditangkap sebagai jurnal harian pembelajaran untuk rujukan peribadi.

Hari pendaftaran pertama. Dewan lengang kerana ramai peserta belum tiba disebabkan pertukaran jadual pesawat.
Alhamdulillah, dapat duduk di barisan kanan, paling hadapan ;)


Terlalu banyak memori indah bersama teman-teman seperguruan yang dikagumi serta tenaga pengajar yang sangat dedikasi dan bertauliah :-D
Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buatmu teman-teman rupawan kerana tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan.*Pelukan rindu!*

Tiada istilah berhenti untuk saya menerokai pelbagai bidang ilmu, contohnya dalam hal penyusuan susu ibu ini ; walaupun saya sudah melalui detik-detik dan pengalamannya dengan laluan jambatan emas *Alhamdulillah*, tetapi kecintaan terhadap pendidikan itu tetap terpalit di hati.

Insya-Allah, akan kemaskini sambungan episod bergambar dalam misi menimba ilmu ini >w<

Sungguhpun rentetan coretannya hanya sekelumit dapat dimasukkan di sini disebabkan faktor kekangan masa, namun kenangannya tersemat utuh di sanubari.

Temujanji Bersama . . .

Post by MamaFiza on July 18, 2012 

Cik Yusrina untuk melawat kelahiran insan baru dalam hidup sahabat kami: Cik Nurulhuda, puteri Maryam ;) Alhamdulillah, tahniah bonda anggun! *pelukan rindu* Jutaan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami.

p/s: Terima kasih Cik Yus atas kasih sayangmu, moga Tuhan sentiasa menghadiahkan yang terbaik buatmu sekeluarga, Amin~ ^_^

20120718-164923.jpg

Bersama si cilik Azrie yang glamor dan bonda ayu, Cik Yus ^_-

20120718-165002.jpg

Ribuan terima kasih atas pemberian ini Cik Yus, anak-anak kami sangat menghargainya, peluk! :-D

Next Page →



Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin