Sekolah di Rumah untuk Semua

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 23rd October 2016

Pertama sekali, izinkan saya untuk memohon ribuan maaf kerana kelewatan saya membalas mesej-mesej peribadi yang diterima daripada teman jelitawan yang dikasihi lagi dihormati. Jujurnya, saya terlalu sibuk dalam urusan jadual rasmi majikan kehormat dan sesi temuramah bersama pihak media 😀 Saya akan tetap balas pertanyaan Cik/Cik Puan, Insya-Allah, mohon jangan bimbang.

Setulus hati, setinggi terima kasih saya titipkan tanpa henti buat sokongan dan doa suci yang dikirimkan daripada teman anggun sekalian. Moga Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa Cik/Cik Puan sekeluarga, di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin~
 
================
 
Alhamdulillah, pada akhir bulan Oktober 2016 yang lalu, telah berlangsung acara mini seminar sekolah di rumah; “The Homeschool Mom’s Get-Together“, di studio HappyMindz. Sesi ini terhad kepada 20 orang bonda rupawan bagi setiap sesi bagi memastikan setiap bonda comel yang hadir mendapat perkongsian maksima dan penelitian khusus bagi perincian kemusykilan yang berkait dengan isu “homeschool” 😉

Sungguh bahagia dapat bertemu dengan bonda istimewa yang ternyata hebat dalam bidang dan lapangan yang diceburi di hari itu, namun bonda sekalian terlalu merendah diri. Segan amat diri saya yang kerdil ini. Saya berbesar hati dapat menjalin ukhwah dan berkongsi idea serta pengalaman bersama Cik Puan yang dimuliakan, semua.

Sahabat setia yang dikagumi telah banyak membantu saya di hari tersebut; terima kasih tanpa sempadan buat Cik Yusrina & Cik Aqilah 🙂 Majikan kehormat kami; Cik Puan Sophie J dan anakanda puteri bijaksana beliau turut hadir bagi lawatan di sesi rehat makan tengah hari.

Namun begitu, disebabkan faktor usia saya yang makin meningkat dan juga perasaan keterujaan yang menggunung di hari tersebut, saya terlupa sungguh untuk bergambar terlebih dahulu dengan setiap peserta menawan yang hadir T_T (berbanding terdapat sesi waktu fotografi khas di sesi mini seminar pada tahun 2009-2011 terdahulu). Jutaan maaf buat bonda ayu sekalian.
 

mamafiza-homeschool-sekolah-di-rumah-mini-seminarTerima kasih seindah budi buat Cik Anis yang rupawan kerana berkongsi gambar “wefie” ini 🙂
p/s: Maaf amat kerana hanya sempat bergambar dengan sejumlah kecil; suku peserta rupawan yang hadir. Moga kita dapat bergambar semula di sesi November dan Disember ini ya, Insya-Allah ^-^

 

Terima kasih sekalung penghargaan di atas perkongsian budiman daripada Cik Khadijah Tahirah yang jelita berkenaan mini seminar ini, sungguh gembira hati kecil saya ini ^O^

mamafiza-cik-khadijah-tahirah-sekolah-di-rumah-malaysia
 
Saya tambahkan sedikit lagi point perkongsian di hari tersebut untuk sambungan nota comel (no.1 hingga no.5) di gambar atas ^_^:

  • 6) Sasaran 10/10 untuk anak-anak yang bersekolah di rumah (secara sepenuh masa mahupun separuh masa).
  • 7) Cara mengubah kaedah situasi pembelajaran harian (perubahan fikiran kritis dalam kiraan saat) pabila setiap kali menghadapi “down time” dalam membantu didik anak cilik. Kaedah pantas & tips untuk aplikasi: negatif ke positif.
  • 8) Teliti berkenaan “Feed Your 3 MOST IMPORTANT Guides” paling utama untuk “home-educator” (ibubapa/penjaga) sebelum berhasrat memulakan sesi pembelajaran di rumah bersama anakanda kesayangan.
  • 9) Silibus dan aktiviti yang bersesuaian dengan jadual keluarga.
  • 10) Homeschooling pet!
  • 11) Dan perkongsian dan perbincangan ilmu yang lebih lanjut untuk no.10 dan seterusnya ^___^

 
================
 

homeschool-pet-littlekittle-mamafiza-malaysia-kash-cat-turtle-sekolah-di-rumahTahun: awal 2015. Kash dan Turtle, gambar sahabat haiwan peliharaan yang amat gigih belajar bersama anakanda kami di rumah ^_^

 
homeschool-pet-littlekittle-mamafiza-malaysia-kash-cat-turtleNukilan terkini mengenai keajaiban ini bakal saya lanjutkan untuk edisi blog akan datang, Insya-Allah.
 
Mari kita semai semula benih-benih kecintaan terhadap ilmu pengetahuan yang pelbagai buat anakanda semua. Jangan disekat sebaran informasi ini disebabkan dakyah kepentingan bagi pihak yang mahu kita lumpuh, hanyut dan jatuh. Ayuh bangkit, rakan dan taulan!
 
================
 

p/s: Jumpa teman rupawan nanti di sesi “The Homeschool Mom’s Get-Together” akan datang, ya 😉 Masih ada beberapa slot akhir untuk tempahan segera pada hari ini. Benar, harga setiap sesi adalah sangat jauh berbeza dengan sesi terdahulu bagi saluran kebajikan. Terima kasih teman.

 
 
 

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

02. November 2016 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com, My Fun Homeschool | Leave a comment

Leave a Reply