Selamat Datang & Terima Kasih

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 6th July 2016

 

Jutaan terima kasih istimewa buat teman rupawan; rakan baharu dan teman jelitawan; sahabat lama yang memberikan kiriman doa tulus, ucapan tahniah, sokongan dan dorongan yang tidak putus-putus sejak pagi semalam kepada kami dan tim kehormat HappyMindz studio dan juga #happymindzpublishing 😀 Selamat datang ke laman blog keluarga kami.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Tiada ungkapan lain yang lebih indah yang dapat terucap daripada sanubari yang kerdil ini. Salam ukhwah buat semua teman ayu yang disegani ^_^ Moga Allah SWT sentiasa membalas yang terbaik dan terulung buat kalian, Amin Ya Rabbal Alamin~

eid-ul-adha-2016-littlekittle-homeschool-3Anak-anak kesayangan kami minta sampaikan ucap terima kasih yang tidak terhingga buat teman menawan sekalian 🙂
p/s: Gambar iringan: sesi di pagi hari raya Aidilfitri tahun 2016 sebelum berkunjung ke beberapa buah rumah anak-anak yatim istimewa.

 
Moga serba sedikit perkongsian berkenaan sekolah di rumah oleh anakanda puteri kami; Yunaru (YunaFi-cHan) bersama adik-beradiknya semalam, dapat membuahkan idea positif kepada rakan cilik yang menonton, Insya-Allah.

Jujur sekali, terlebih dahulu saya mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan di pihak saya sendiri yang masih bertatih dan berlatih dalam segenap hal mahupun kesilapan tutur kata yang menyinggung mana-mana pihak tanpa disengajakan. Kekhilafan itu pasti daripada kami.

 

eid-ul-adha-2016-littlekittle-homeschool-2Hati berbunga kerana tidak sabar bakal bertemu kumpulan anakanda cilik di rumah kesayangan ahli syurga-Nya.

 
Saya juga minta ribuan maaf kerana sedang terlalu sibuk mengendalikan beberapa urusan percetakan dan kemasukan buku-buku #happymindzpublishing ke kedai-kedai komersial. Oleh sebab itu, banyak mesej dan email yang kami terima semalam, belum sempat dibalas dan semak satu per satu. Insya-Allah, kami akan cuba terbaik untuk selesaikannya dalam 24-48 jam ini. Setinggi terima kasih kerana sudi menghubungi kami yang tidak seberapanya ini. Saya amat terharu!
 
Seperkara lagi, Insya-Allah, buku terkini keluaran majikan kehormat kami berkenaan “Sekolah Di Rumah” akan berada di pasaran tidak lama lagi 🙂 Saya pasti akan terus kemaskini di ruangan blog ini mengenai buku unik tersebut. Terima kasih teman budiman~

 

eid-ul-adha-2016-littlekittle-homeschool-1Mimik muka pasrah dan redha seorang ibu yang sentiasa dikepit ciuman anakandanya, hihihi ^_^ Alhamdulillah. Maafkan bonda kalian ini yang sering ribut bertugas.

 
================
 

eid-ul-adha-2016-littlekittle-homeschool-4Terima kasih buat semua!
Kami sangat girang dan berbesar hati dapat berkenalan dengan teman baharu dan menyambung silaturrahim dengan kenalan lama 🙂

 

eid-ul-adha-2016-littlekittle-homeschoolJutaan terima kasih, Papa! Buat segalanya >O<

 

================

p/s: Jumpa teman comel nanti di sesi seterusnya “The Homeschool Mom’s Get-Together” pada 24hb Oktober 2016 *masih ada 2 slot*, 20hb November 2016 *masih ada 5 slot*, 22hb Januari 2017 *masih ada 10 slot*, ya 😉 Masih ada beberapa slot akhir untuk tempahan segera pada hari ini. Terima kasih teman.

 
 

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

03. October 2016 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com, My Fun Homeschool, Speedy Update | Leave a comment

Leave a Reply