Diari Masakan 013 – Kuih Talam Berlauk (Kuih Bakar Berdaging)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera istimewa buat para pembaca blog yang dimuliakan *pelukan rindu!*

Moga kalian sentiasa di dalam keadaan sihat dalam naungan-Nya, Amin~ 😀

Setulus terima kasih pada semua kerana masih sudi membaca blog peribadi saya yang tidak seberapanya ini ^O^ Saya amat berharap agar cetusan idea yang dikongsikan dapat diamalkan bersama, Insya-Allah.

Oh ya, sudah terlalu lama entri berkenaan “Misi Diari Masakan” yang saya mulakan telah terhenti sejak tahun 2010/2011 yang lalu disebabkan tugasan harian dan jadual sekolah di rumah yang terlalu padat sejak 56 tahun kebelakangan ini. Maaf sungguh T_T Ribuan maaf tulus daripada saya kerana komentar peribadi yang saya terima hanya dapat saya balas di waktu terluang. Saya sangat hargai sokongan dan doa kalian. Terima kasih ^_^

Kini, anakanda cilik kami yang sewaktu kecil lagi telah didedahkan dengan kerja rumah serta mereka paling suka membantu saya di dapur; telah selamat membesar dengan begitu jaya dan pantas sekali ^_- Alhamdulillah.

littlekittle-kids-signature-ramen-menu-1Anak-anak kami! ^-^

Oleh sebab itu, mulai entri “Diari Masakanbernombor 013 ini, saya akan paparkan kemaskini hasil usaha anakanda kami yang tidak putus asa dalam memperbaiki mutu dan kualiti masakan mereka dalam bidang kulinari ini. Kami sentiasa galakkan mereka untuk cuba membuat eksperimen daripada resepi tradisi dan baharu untuk diolah dengan cara tersendiri. Saya dapat perhatikan bahawa anakanda puteri pertama kami (ReiHi-cHan, 10 tahun) sangat suka membuat kuih-muih, pastri dan menghias kek, puteri kedua (YunaFi-cHan, 9 tahun) dan puteri terakhir (HidE-cHan, 8 tahun) pula lebih meminati bidang pembuatan biskut dan juadah nasi yang dipelbagaikan, manakala putera sulung kami (KiruaMi-cHan, 12 tahun) lebih gemar menyediakan masakan utama dari menu serata negara 😉

Walaupun jadual harian saya amat sibuk dengan tugasan di luar kawasan, namun disebabkan anakanda sekalian telah membantu bagi menyiapkan makanan harian berkhasiat setiap hari, membolehkan aktiviti sekolah di rumah dapat berjalan seperti biasa dengan pantauan suami tersayang, Alhamdulillah >_<

 

Bersama kita mulakan dengan ayat paling istimewa Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<

Tajuk Menu: Kuih Talam Berlauk (Kuih Bakar Berdaging)

kuih-talam-berdaging-littlekittle-1Boleh dinikmati bersama sos cili atau sos tomato, jika suka~

kuih-talam-berdaging-littlekittle-2Ringkas cara pembuatan kuih ini menurut ReiHi-cHan. Hanya ambil masa selama 30-45 minit untuk membakar dengan menggunakan oven dan persiapan bahan pula ambil masa dalam 15 minit sahaja menurutnya. Yummm! ^_-

kuih-talam-berdaging-littlekittle-3“Sedia untuk dinikmati, Mama”, ujar ReiHi-cHan dalam mesej bergambar yang dihantar oleh suami; kepada saya yang masih dalam tugasan. “Alhamdulillah & tahniah, menjadi kuihnya”, ucap saya 🙂

kuih-talam-berdaging-littlekittle-4Dapat buat 2 talam, ujar ReiHi-cHan lagi kerana terlebih bahan >w<

Rumusan:

ReiHi-cHan menggoreng ringkas terlebih dahulu bahan daging berlauk yang diperap seketika secara berasingan menggunakan periuk saiz sederhana sebelum dicampurkan ke adunan kuih yang dibakar terlebih dahulu 😀

ReiHi-cHan tidak menggunakan sebarang pewarna dalam masakan ini, ReiHi-cHan gunakan sedikit serbuk kunyit bagi menyerlahkan warna adunan kuih.

Cadangan Masakan: Menurut ReiHi-cHan, jika bimbang sekiranya bahan berlauk di atas talam tidak melekat dengan adunan bahagian bawah; boleh simpan 1 senduk adunan bahagian bawah yang asal secara berasingan dan diratakan pada bahagian berlauk sebelum proses membakar kali kedua dijalankan.


Bagaimana pula dengan anda?

Adakah menu minum petang teman rupawan pada minggu lalu?

Semoga Tuhan sentiasa melindungi para pembaca sekalian ^_^ Amin~

 

p/s: Berikut adalah senarai link menu diari terdahulu daripada nukilan saya untuk rujukan, terima kasih.

 

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

22. September 2016 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com, My Healthy Kitchen | Leave a comment

Leave a Reply