Child Art Therapy

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 16th August 2016

 

Projek Riang-Ria bersama #happymindzpublishing 😀

Istimewa khas buat bonda/ayahanda/puteri/putera cilik yang setiap perlu berulang-alik daripada satu lokasi ke lokasi yang lain bagi menunaikan tanggungjawab harian keluarga.

Persedian mental dan fizikal bersama famili bagi menempuhi perjalanan seisi famili, kami sediakan solusi buat pengisian nurani, agar keriangan tetap mengiringi ^_^

Harga khas untuk setiap pembelian buku mewarna ini buat ibubapa yang menghantar anakanda cilik mereka ke studio majikan kehormat kami di HappyMindz (mahupun yang pernah menghantar dahulu atau terkini) dan juga peserta-peserta anggun yang bakal menghadiri sesi “The Homescholer Mom’s Get-Together”; iaitu hanya RM39.90 berbanding harga jualan buku ini di kedai komersial RM45.00 😉

================

familycoloringbookhappymindz

Sedikit perkongsian daripada saya (MamaFiza), yang tidak seberapanya ini berkenaan tajuk; CHILD ART THERAPY, yang diajukan oleh seorang teman anggun di mesej peribadi:

Menurut pertanyaan Cik yang budiman ini, beliau ingin tahu lebih lanjut apakah kepentingan seni kraf dan lukisan terhadap pembangunan dan rangsangan minda anak kecil.

Sekitar tahun 2010, sewaktu saya diberi peluang untuk menjadi salah seorang penulis buku buat syarikat penerbitan PTS, pihak pengurusan yang disenangi tersebut telah memberikan keselesaan besar buat saya bagi memilih tajuk dan genre buku yang bakal saya hasilkan buat tim PTS Millenia. Namun, saya memilih tema masakan bersama si cilik berbanding niche utama saya ketika itu yakni “sekolah di rumah” @ homeschooling. Pihak pengurusan terkejut dengan pilihan ini dan cuba dapatkan maklumbalas panjang daripada saya. Alhamdulillah, perbincangan dan hujah-hujah sokongan saya diterima oleh pihak pengurusan dan akhirnya lahir buku “Hidangan Si Cilik” ^_^ Insya-Allah, di masa hadapan nanti saya akan kongsikan tentang mengapakah tajuk genre itu yang menjadi pilihan hati saya sebagai buku pertama.

Jujur daripada pendapat saya sendiri, pabila kita berbicara tentang isu “sekolah di rumah”, terlalu rigid skop yang bakal pihak di luar sana mahu saya sampaikan dan ulas. Saya ingin maklumkan dan kongsikan bersama teman manis yang dikasihi semua; bahawa tajuk “sekolah di rumah” bukanlah berkisar tentang satu topik. Ini bukan sembang kosong tentang perihal sekolah, ataupun khayalan tentang cara belajar di institusi yang berpaksi di rumah. Ianya lebih daripada itu. Kita bercerita mengenai soal nyawa, berkisar naluri insan kecil bergelar anak yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan kepada kita. Peluang yang diberikan daripada-Nya kepada kita; sang pendosa, yang memilih untuk menghargai nilai masa bersama anak cilik dan terus berusaha memperbaiki peluang yang diberikan ini mahupun sebaliknya. Titik usahanya bermula daripada; KITA.

Oleh sebab itu, genre buku seterusnya bersama HappyMindz Publishing, saya memilih untuk memperkenalkan kepentingan terapi mewarna dan lukisan bersama seisi keluarga buat si cilik tercinta khas buat semua 😀 Maka terhasil karya “Sweet Moments” yang saya lakar dan lukis dengan penuh kasih sayang buat teman ayu semua 😉 (100% lukisan tangan dan tidak menggunakan sebarang aplikasi perisian komputer). Judul naskah pertama ini adalah unik dan istimewa, hasil cetusan idea daripada majikan kehormat HappyMindz Publishing, Cik Puan Sophie J ^_^

Seni itu indah dan anak cilik mudah tertawan dengan warna-warni yang terhasil daripada pemerhatian mereka terhadap kedamaian alam sekeliling. Setiap anak kecil walaupun belum boleh mengenal abjad, nombor atau simbol, namun mereka pasti boleh melukis dan cuba mewarna dengan gaya kreativiti tersendiri serta karya unik. Anak cilik sangat perlukan sesi terapi seni mingguan bersama ibubapa atau penjaga mereka kerana hanya dengan cara ini mereka dapat “berdialog” secara terus dan telus. Teramat kasihan si kecil ini sekiranya stimulus terapi ini ditukarganti dengan sogokan gadget luar.

Mohon jangan jadikan kesibukan masa sebagai alasan untuk tidak mencuba yang terbaik buat si cilik. Hanya sesi 15 minit dipinta untuk sesi seni ini dijalankan secara paling minimum buat si comel. Insya-Allah perubahan ikatan hubungan seisi famili bakal dirasa, ayuh mari kita cuba serasikan bersama ^_^ Aturannya bukan lagi rahsia.

================

p/s: Jumpa teman comel nanti di sesi “The Homeschool Mom’s Get-Together” pada 25hb September 2016 *masih ada 2 slot*, 23hb Oktober 2016 *masih ada 7 slot*, 22hb Januari 2017 *masih ada 13 slot*, ya 😉 Masih ada beberapa slot akhir untuk tempahan segera pada hari ini. Terima kasih teman.

 

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

09. September 2016 by MamaFiza
Categories: Advertorial Sponsor, Mama's Talk, MamaFiza.com, Speedy Update | Leave a comment

Leave a Reply