Pulangkan Hak Anak Cilik Itu

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 11th August 2016

 

“Be the change that you wish to see in the world”, ~ Sir Mahatma Gandhi.

Tajuk yang bakal saya kongsikan serba-sedikit di petang yang hening ini adalah berkisar tentang: PULANGKAN HAK ANAK CILIK ITU.

Terus terang saya nyatakan bahawa, topik ini amat meruntun emosi pabila acap kali menjadi cakna diskusi bersama tim bonda kiasu WDC Kajang & Semenyih serta tim HappyMindz, sejak beberapa tahun yang lalu. Kami bermuafakat untuk menjadikan perbincangan tersebut sebagai tanda aras untuk mencari solusi dan pendekatan terbaik bagi memastikan setiap anak-anak cilik yang menjadi tanggungjawab mutlak kami sebagai ibubapa bagi kembali mendapat keutamaan dalam segenap langkahan keputusan pendidikan dan pembangunan sahsiah anak cilik ini.

Dahulunya tim kiasu yang saya segani ini, rata-ratanya menggunakan khidmat pembantu rumah dari negara luar, telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan saya dan pembantu-pembantu harian mereka berkenaan cara terbaik untuk memastikan anak-anak mereka boleh berdikari di saat pembantu-pembantu mereka bakal pulang selamanya ke negara asal disebabkan faktor lanjut usia (kerana mereka telah berkhidmat dengan setia kepada keluarga majikan mereka selama ini). Wang ringgit bukan langsung menjadi permasalahan buat tim ini, akan tetapi; masa yang menjadi perhitungan catuan harian mereka.

Alhamdulillah, ternyata moto “No Maid, No Pacifier“, yang selama ini saya guna pakai sejak anak kami masih bayi hingga ke hari ini mendapat pandangan positif daripada tim bonda kiasu dan pembantu yang sangat komited lagi berlapang dada ini.

Matlamat mereka adalah SATU, NYATA dan UTAMA: Mahu memperbaiki dan membantu anak-anak sendiri dan ahli kumpulan ini agar terus dapat menikmati kehidupan yang lebih telus dan berdikari. Ya, mungkin ramai di antara mereka yang selama ini perlukan bantuan pembantu rumah di saat anak-anak mereka masih kecil. Namun itu tidak bermakna, saya sebagai rakan harus terus menutup mata. Jujur bagi saya, sekiranya kita semua dapat bersatu hati beri galakkan dan sokong serta sumbang idea mahupun cadangan secara kritis, kreatif dan tanpa menghukum (atau lebih dikenali sebagai sikap prejudis), sebenarnya teman di luar sana akan lebih menjadi bertambah yakin dan mahu mengubah keadaan keluarga agar menjadi lebih baik. Percayalah dan yakin dengan impak positif, walaupun sedikit, pasti membuahkan hasil yang tidak ternilai. Keriangan berkongsi pengalaman ini adalah teramat manis 😀

Anak-anak cilik tim kiasu yang sebelum ini: tidak dapat meluangkan masa beriadah bersama famili, tidak dapat menikmati sajian makanan setiap hari bersama ibubapa, tidak dapat rehat secukupnya kerana terlalu lelah setelah menghadiri sesi persekolahan sejak awal pagi dan hanya dapat pulang ke rumah sejurus selepas tamat sesi kelas tambahan pada lewat jam 10 malam, tidak dapat tidur awal kerana perlu siapkan tugasan kerja rumah sehingga tengah malam, tidak dapat tahu atau mempunyai “hobi”, tidak dapat mempelajari ilmu pengurusan kendiri kerana semuanya disogokkan dihadapan mata dengan usaha pembantu rumah tanpa perlu ada penelitian dan pantauan ahli keluarga, tidak dapat membentuk dan mengenali kebolehan diri kerana waktu lapang lebih banyak di salah erti dengan penggunaan gadget tanpa had oleh setiap isi rumah, tidak pernah dapat bermain riang dengan lumpur ataupun bebas berlari di bawah naungan hujan serta menikmati kehebatan alam ciptaan-Nya kerana rata-rata manusia duniawi sekarang ini hanya memandang nilai materialistik; nilai di atas sekeping kertas yang perlu dibayar dengan keringat dan air mata yang tidak diketahui apakah fokus sebenar halatuju sebuah keluarga. Noktah. Pedih untuk dirungkai dengan lebih lanjut.

Sejak 2 tahun lalu, anak-anak tim bonda kiasu ini telah bebas daripada perihal di atas, Alhamdulillah ^_^ Susulan musyawarah dan konsultasi bersama dapat mencetuskan solusi yang dapat diamalkan bersama. Kini anak-anak cilik tersebut semakin hari semakin gembira disebabkan semuanya telah dapat diperbaiki secara konsisten dan tiada lagi perlu melalui episod sisi gelap; membesar dalam keadaan serba mewah namun daif kasih, cinta dan cita-cita. Hanya kehadrat Ilahi dapat saya panjatkan kesyukuran di atas perubahan yang sangat menyenangkan ini. Terlalu banyak likunya, saya sendiri dan tim kami ini masih bertatih untuk memperbaikinya. Janji kami untuk tidak putus asa.

Teman anggun yang dikasihi sekalian; ayuh, marilah kita gerakkan jentera yang ada pada kudrat kita.

Ayuh, pulangkan hak anak cilik semua! Di saat dahulu kita pernah merasai manisnya, adalah tidak adil sekiranya kita kini menjadi perampas buat mereka.

 

littlekittle-kids-2016-1

================

Sedikit info terkini berkenaan perjumpaan istimewa sempena tahun ke-12 sesi perkongsian berkenaan pendidikan di rumah; yakni “homeschooling” oleh saya, bakal berlangsung pada bulan September 2016 >_<

Sesi meriangkan ini bakal menggabungkan beberapa aktiviti yg menarik 😀 Mari kita kumpulkan kembali semangat positif untuk ibu-ibu rupawan sekalian!

p/s: Jumpa teman comel nanti di sesi “The Homeschool Mom’s Get-Together” pada 25hb September 2016, ini ya 😉 Masih ada beberapa slot akhir untuk tempahan segera pada hari ini. Terima kasih teman.

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

08. September 2016 by MamaFiza
Categories: Homeschool Official Event, Mama's Talk, MamaFiza.com, Speedy Update | Leave a comment

Leave a Reply