Raikan Perbezaan, Eratkan Persahabatan

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 4th August 2016

Pertama sekali, izinkan saya untuk memohon jutaan maaf kerana kelewatan saya membalas mesej-mesej peribadi ini buat teman jelitawan yang sangat dimuliakan lagi disegani. Sebenarnya saya masih berada dalam tugasan majikan ^_^ Saya akan balas komentar Cik/Cik Puan, Insya-Allah, mohon jangan gusar.

Setinggi terima kasih saya ucapkan buat sokongan dan doa tulus yang tidak pernah putus daripada teman sekalian. Jujur sekali, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa Cik/Cik Puan sekalian. Amin~

Sedikit tambahan jawapan daripada saya (MamaFiza), yang tidak seberapanya ini berkenaan isu persekolahan di rumah oleh teman manis yang bertanyakan di mesej peribadi:

Menurut Cik yang manis itu, beliau berasa pasti bahawa saya (MamaFiza) tidak akan hanya berdiam diri dan menjauhi kemaskini daripada alam media selama 6 tahun ini selain daripada asbab menuntut ilmu dan pembangunan kerjaya. Beliau percaya saya telah lakukan lebih daripada itu.

================

Masya-Allah, bagaimana ya perlu saya balas dan jawab kembali soalan pintar yang diutarakan oleh Cik yang manis; pemberi soalan itu? Saya juga berkira-kira untuk membalas persoalan tersebut kerana tempoh 6 tahun adalah lama dan sudah tentu banyak “jalan cerita” yang kami sekeluarga lalui dengan izin dan bantuan-Nya ^_^

Cuma, saya agak ragu-ragu ingin memberikan jawapan lengkap kerana teramat bimbang dianggap sebagai “hidung tinggi” atau “bongkak” dengan pencapaian akademik, pertandingan dan perwakilan anak-anak kami di pelbagai peringkat dan hasil kerja keras yang didekasikan oleh anak-anak dan suami tersayang sepanjang 6 tahun ini.

Ya, benar 😀 Alhamdulillah, walaupun keluarga kecil kami amalkan 100% kaedah “eclectic homeschooling” dan anak-anak kami tidak pernah menghadiri sesi persekolahan, namun anak-anak kami diberi peluang untuk turut sama mewakili persatuan dan pertubuhan yang diikuti mereka untuk mewakili kejohanan dan dibiayai di peringkat negeri dan nasional serta menjadi johan berturut-turut bersaing dengan sekolah-sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah swasta dan kelab persendirian. Bidang yang dipelopori anak-anak kami untuk perihal ini? Pelbagai, untuk dirungkai 😉

Oleh sebab itu juga, hanya segelintir teman akrab yang dapat saya kongsikan berita atau cerita ini untuk mengelakkan anasir tidak molek berlaku. Akses akaun Instagram peribadi juga terpaksa diprivasikan disebabkan faktor ini.

Saya sangat berterima kasih dengan tim kenalan ini yang terlalu banyak jasa pada kami sekeluarga. Tim WDC Kajang, Kumpulan Lemak Sokongan *KLS* (haha, comelkan nama kumpulan kami?) dan tidak lupa kepada tim bonda HappyMindz (ballet dan yoga); anda adalah terbaik! 😀

Secara luaran seperti gambar yang disertakan ini, anak-anak yang amat saya kasihi ini hanya kelihatan seperti kanak-kanak biasa. Mereka suka bermain dan berjenaka 😉 Akan tetapi, disebabkan mereka merupakan wakil kepada beberapa pertubuhan dan negeri, jadual harian anak-anak kami sejak beberapa tahun lalu sehingga ke hari ini adalah sangat ketat kerana mereka perlu hadiri pelbagai latihan khas pantauan harian yang khusus daripada jurulatih mereka serta menu diet yang rumit. Namun demikian, mereka sangat bersyukur dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan dan mahu terus berjuang. Insya-Allah ^_^

Saya akan kongsikan bersama berkenaan cara anak cilik yang dididik sebagai “homeschooler”, boleh digilap menjadi cemerlang di pelbagai arena dengan kerjasama semua pihak. Tanpa hanya menerapkan sentimen mahupun elemen yang negatif terhadap pihak kumpulan gerakan homeschoolers, sekolah-sekolah kelolaan kerajaan mahupun sekolah swasta. Matlamat perjuangan kita adalah SAMA.

Pada hemat saya;

Kita bakal kalah jika berkelahi,
Kita akan menang pabila bersatu hati.

Mohon sebarkan lebih kasih sayang dan doa buat semua agar setiap anak cilik di negara bertuah ini dapat hidup di tanah merdeka ini dengan bermoral, terbilang dan menyanjung ilmu.

Hentikan sikap prejudis. Jangan buat kerja Tuhan. Raikan perbezaan, eratkan persahabatan. Mulakan dengan nafas dan semangat baharu ^_^ Ayuh, rakan dan taulan!

littlekittle-kids-2016
================

p/s: Jumpa teman comel nanti di sesi “The Homeschool Mom’s Get-Together” pada 25hb September 2016, ini ya 😉 Masih ada beberapa slot akhir untuk tempahan segera pada hari ini. Terima kasih teman.

 

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

07. September 2016 by MamaFiza
Categories: Homeschool Official Event, Mama's Talk, MamaFiza.com, Speedy Update | Leave a comment

Leave a Reply