Jutaan Terima Kasih TV2 RTM

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 4th August 2016

 

Salam sejahtera dan selamat pagi nan indah khas buat teman jelitawan yang dikasihi-Nya, moga Allah swt sentiasa memberkati setiap usaha Cik/Cik Puan yang sedang lakukan, Amin Ya Rabbal Alamin~ ^_^

Sedikit perkongsian pendek di pagi hari daripada saya (MamaFiza), yang tidak seberapanya ini:

littlekittle-kids-2016-3

Sejak 6 tahun lalu, saya lebih selesa untuk bertugas dibelakang tabir berbanding kekerapan bercerita di laman blog peribadi. Alhamdulillah, saya berpeluang ambil masa yang agak panjang ini untuk menimba ilmu ke bidang baharu dan terus belajar untuk memperbaiki cara pembelajaran serta cuba implikasi kaedah pendidikan di rumah yang pelbagai kepada anak-anak kesayangan. Saya bertekad untuk belajar dengan sesiapa jua, tanpa mengira darjat dan pangkat mereka; tanpa peduli tentang warna kulit atau agama anutan mereka; tanpa mengira usia; saya gembira belajar. Sungguh 😀

littlekittle-kids-2016-2

Saya lebih selesa mendiamkan diri dan mengasingkan diri daripada sertai kumpulan “viral harian” yang pada saya lebih banyak bergaduh berbanding memberi manfaat kepada sejagat. Hidup lebih tenang dan fokus tentang keluarga dan kerjaya, Alhamdulillah. Saya berasa selesa kerana pihak majikan saya juga merupakan insan yang suka galakkan sifat “tamak haloba” dalam misi pencarian ilmu. Percayalah teman rupawan semua, bahawa kita boleh mencipta keriangan buat keluarga tanpa libatkan permasalahan dan sikap prejudis di alam maya yang amat memualkan.

2 tahun terakhir ini, saya sangat serius dengan keputusan saya untuk belajar dengan lebih tekun. Oleh sebab itu, saya menolak dengan cara paling baik dan manis bagi setiap tawaran untuk publisiti jemputan daripada pihak media. Saya dengan rasa rendah diri merasakan, tiada lagi yang dapat saya kongsikan bersama setelah sejak sekian lama diberi peluang oleh pihak media yang disanjungi untuk berhadapan dengan kamera mahupun sesi bersama jurnalis.

Namun begitu, di awal tahun ini; Tuan Hafez Nasruddin berbakat besar yang dikagumi telah memberikan maklumat keluarga mini saya kepada kenalan baik media beliau; Cik Fa yang anggun untuk sesi temuramah bagi program mini dokumentari TV 2: I Got IT. Subhanallah, fikiran saya amat bercelaru sebenarnya. Ya, saya amat gembira dan bersyukur untuk peluang yang diberikan, akan tetapi saya sungguh gusar kerana niat saya masih ingin menimba ilmu dan berasakan masih tidak layak untuk berkongsi ilmu dengan khalayak. Saya amat berterima kasih kepada pihak mereka kerana menghormati keputusan saya untuk berada dibelakang tabir dan kali ini pihak mereka hanya akan gunakan anak-anak kami sebagai calon utama berbanding saya yang selalu mewakili anak-anak dalam setiap temuramah sebelum ini. Pihak penerbit (Cik Thava), penulis skrip (Cik Fa), pembantu (Cik Linda) dan tim krew yang hadir sangat memberikan impak positif kepada diri saya kerana mereka gigih mengajar perkara baharu kepada kami. Sayu dan terharu kerana terlalu banyak.

Terima kasih. Setinggi terima kasih buat sahabat taulan semua dan kenalan media yang sentiasa baik hati dalam menaungi kebaikan penyebaran ilmu. Moga manfaat ini dapat dikongsikan sekali lagi, bersama-sama. Insya-Allah ^_^

p/s: Jumpa teman comel nanti di sesi “The Homeschool Mom’s Get-Together” pada 25hb September 2016, ini ya 😉 Masih ada beberapa slot akhir untuk tempahan segera pada hari ini. Terima kasih teman.

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

06. September 2016 by MamaFiza
Categories: Homeschool Official Event, Mama's Talk, MamaFiza.com, Speedy Update | Leave a comment

Leave a Reply