Episod 1. [Perjalanan Kembara Ilmu]

Auto-Published.

——————————————————–

Tarikh: 30hb Ogos 2013

*kisah benar, hakmilik terpelihara Happy Mindz Publishing*
 mamafiza-kembara-ilmu

Situasi hening awal pagi, sebelum masuk waktu solat Subuh. Mata kemerahan dan berair kerana masih belum sempat terlena untuk tidur disebabkan jari jemari masih sibuk menaip papan kekunci komputer riba bagi menyiapkan tugasan kerja yang menjadi amanah sebagai salah seorang pekerja di syarikat milik majikan. Dan akhirnya. . .Alhamdulillah, selesai noktahnya buat seketika.

Bingkas bangun berlari ke tandas membasuh muka, mandi segera bagi menyegarkan badan dan mengambil wudhu bagi menjalani kewajipan sebagai seorang hamba-Nya. Diri menggigil kesejukan lantaran terlupa menggunakan alat pemanas air moden yang menunggu setia di sudut kamar mandi.

Ya, hari ini hari Ahad. Namun, ku galas tanggungjawab baharu sebagai pelajar diusia yang kian senja. Mengapa? Mereka sering bertanya. Malahan persoalan ini menjadi tidak asing lagi buat rakan dan taulan yang begitu bimbang dengan keadaan kesihatanku yang begitu tipis kondisinya oleh sebab jadual harian yang sudah tersedia padat. Jawabnya mudah sahaja, diriku masih dahagakan ilmu.

Benak ini semakin berkarat, tidak mahu kurniaan-Nya ini terbiar angkuh walau seketika. Oleh kerna itu, sudah satu tahun juga diri ini telah menjadi pelajar separuh masa untuk menara gading yang sentiasa dekat di hati. Selamat bertemu kembali, meja belajar dan pensyarah-pensyarah yang dicemburui kebaikan budi luhurnya.

Sementara itu, kini juga sudah masuk tempoh 2 tahun setengah diriku menuntut ilmu pengetahuan dengan teman-teman di mana sahaja, di pelbagai majlis ilmu, studio tarian, gelanggang sukan, stesen bas, stesen komuter, pasar malam dan pasar tani hatta walau di mana sahaja, walau siapa sahaja, mereka pendidik, guruku yang tidak lokek berkongsi ilmu. Namun, hati ini masih belum puas. Semuanya mahu diimplimentasikan buat anakanda tersayang dan pelajar yang dikasihi.

“Fiza, ambil tempat kamu”, tegur suara itu. Kaget melihat kelibat beliau yang muncul seawal jam 7.30 pagi. Sambil tersenyum sapaanku seperti kebiasaan di awal pagi hari minggu, “Assalammualaikum, selamat pagi Prof”. Kerana itu tempat ku, tempat dudukku itu seperti telah diletakkan jampi serapah. Tiada siapa yang berani atau sanggup bergaduh denganku untuk tempat itu. Ya, bahagian paling tengah, yang paling hadapan. Jangan diganggu, tempatku. Sama ada di bilik kuliah atau di makmal komputer, jangan usik hidupku (hahaha, sindrom fanatik).

Prof mulai berbicara, “Pelajar sekalian, jika kamu keluar dan melihat ada anak berbangsa Melayu, Cina dan India. Dan terdetik di hatimu, “Eh, itu kanak-kanak bangsa Melayu. Oh yang itu anak Cina. Hmm ini anak India”, sila keluar daripada kelas saya sekarang. Kamu masih belum bersedia untuk menimba ilmu di sini. Bersihkan hatimu, anak didikku.”

Ya Allah, mengalir deras air mataku. Subjek ini amat bermakna buat diriku yang telah diasuh nenda untuk berkhidmat buat semua kaum tanpa beza jurang agama mahupun harta. Subhanallah, betapa agung-Nya kekuasaan-Mu, jutaan terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Mengapa masih ada pemikiran cetek dan dangkal yang masih mengamalkan pengasingan bangsa untuk kanak-kanak yang seputih salju lahirnya ke dunia ini? Ku hanya boleh berdoa, agar mereka dapat mengubahnya. Amin Ya Rabbal Alamin~

 
Kredit gambar: Tuan Khir Khalid
BenderaMalaysia

Kita satu bangsa, Kita satu negara,
Kita satu matlamat,
Kita satu bangsa, satu negara,
Kita satu Malaysia.

 

Bersama nukilan khas ini, saya kepilkan video hasil perkongsian daripada anakanda cilik kami, sempena hari kebangsaan yang penuh bermakna ini 😉 Moga aktiviti ini dapat dimanfaatkan bersama Cik/Cik Puan/Tuan yang disegani sekalian.

Let’s Be Smart – Art & Craft for Merdeka Day 

Note: Please click here if you can’t view the above video.

“Dengar sini kawan-kawanku sekampong, aku berharap janganlah hendaknya ada lagi manusia seperti ini (Buang) di tanah air kita. Kerana manusia seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita. Ya, memang bangsa kita masih muda dan lemah, tapi aku tak peduli itu semua. Harapanku adalah agar kita semua haruslah bersatu padu sesama bangsa” ~ Sarjan Hassan (karya seni agung; Tan Sri P.Ramlee)

 

——————————————————–

 

Semarakkan kasih dan semangat kemerdekaan yang amat bermakna ini buat semua ^_^

Semoga Allah swt sentiasa melindungi tanahair bertuah ini dan seluruh warganya, Amin~

#SehatiSejiwa

 

 

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

31. August 2016 by MamaFiza
Categories: LittleKittleTV, MamaFiza.com, My Fun Homeschool | Leave a comment

Leave a Reply