Persembahan Tarian “Ballet” Di Majlis Perkahwinan Melayu

Diterbitkan Secara Automatik.

——————————————————–

Tarikh: 28th January – 2nd February 2013

Salam sejahtera dan ceria buat teman yang dihormati sekalian 😉

Semoga berada dalam lindungan serta limpahan nikmat dan rahmat yang penuh keberkatan dari-Nya, Amin~

Sudah lama tidak berkesempatan menitipkan nukilan dalam Bahasa Melayu Tinggi, jadi di kesempatan ini adalah sedikit perkongsian berkenaan persembahan tarian “ballet” kanak-kanak di upacara perkahwinan masyarakat Melayu.

Sewaktu menerima tempahan dan panggilan mengenai perihal ini daripada pengetua akademi “ballet”, Cik Puan **n** yang dimuliakan; saya dan suami yang dikasihi berasa amat terkejut. Ini adalah kerana, jarang sekali (atau tidak pernah) untuk melihat seni tarian “ballet” dipamerkan pada acara yang melibatkan perkahwinan tradisional Melayu. Jauh bezanya berbanding persembahan yang telah menjadi sambutan tradisi seperti persembahan pencak silat, paluan kompang, iringan muzik tradisional dan sebagainya.

Namun, menurut Cik Puan **n**, beliau telah mendapat panggilan daripada Cik Akma dari Semenyih yang berhajat untuk menempah tempahan tarian “ballet” serta iringan pengantin oleh anak didik Cik Puan **n**, di hari persandingan istimewa beliau yang bakal berlangsung sebulan lagi. Cik Puan **n** mengamanahkan perkara ini kepada saya memandangkan pada pendapat beliau adalah lebih manis jika saya mewakili pihak akedemi beliau dalam urusan tersebut memandangkan ini adalah upacara perkahwinan Melayu dan beliau pula berpengalaman pernah persembahan “ballet” bagi acara kaum majmuk lain yang berada di Malaysia sepanjang 30 tahun. Ini adalah permintaan pertama kali, ujar beliau.

Melihatkan kesungguhan serta budi baik Cik Puan **n**, pengetua akedemi “ballet” tersebut, saya bersetuju untuk membantu beliau walaupun saya sendiri belum pernah dilatih untuk acara sebegini. Saya hanyalah seorang ibu yang mengamalkan sistem sekolah di rumah yang fanatik dalam pelbagai perkara positif tentang anak-anak tercinta, bukan juga penari profesional (haha! 😀 ). Cabaran ini saya ambil dengan tangan terbuka agar dapat menimba ilmu lebih lanjut bersama Cik Puan **n** khas buat majikan saya Cik Puan DS yang sentiasa menerapkan elemen “cinta ilmu” ^_^

Kami berharap dapat memberikan persembahan terbaik pada Cik Akma sekeluarga agar tidak mengecewakan beliau di hari penting anjuran beliau. Pada awalnya, yakni 2 minggu sebelum acara bermula, kami dimaklumkan bahawa majlis perkahwinan ini akan diadakan di dewan awam. Manakala persembahan akan berlangsung di atas pentas. Namun, 2 hari sebelum acara bermula, kami diberitahu yang pihak keluarga Cik Akma tidak dapat menjalankan acara di dewan tersebut kerana tempahan penuh. Agak kelam kabut di sini disebabkan pihak pengetua akedemi “ballet”, Cik Puan **n**; sangat menjaga hal ehwal para penari beliau dan tidak mahu penari “ballet” cilik cedera dalam persembahan atas jalan raya tar yang langsung tidak sesuai dengan kondisi tarian yang memerlukan penari memakai kasut “ballet” kulit serta faktor keselamatan malah keselesaan penari.

Dengan rendah hati, saya cuba menenangkan keadaan supaya hal ini dapat diteruskan walaupun terdapat dugaan. Alhamdulillah, persiapan dapat diteruskan dengan perbincangan serta sikap toleransi oleh kedua-dua belah pihak >O< Syabas semua!

Oleh kerana jadual tugasan kerja serta sekolah di rumah yang padat, kami cuba yang terbaik dalam masa yang amat terhad bagi merealisasikan perkara ini. Alhamdulillah, walaupun hari panas terik dan keempat-empat penari cilik perlu bergambar di atas pelamin pengantin selama lebih 45 minit sebelum persembahan bermula bagi menemani pihak mempelai bagi sesi bergambar dengan keluarga mereka, semuanya dapat berjalan lancar dan mendapat sambutan paling memberangsangkan daripada pihak tuan rumah dan para tetamu yang hadir 😉 Pengalaman yang dididik dan dikutip selama ini oleh penari cilik dapat mendewasakan mereka dalam menangani setiap cabaran dengan senyuman tanpa rungutan, Alhamdulillah.

Berikut adalah gambar dan video yang dapat dikongsikan bersama bagi tontonan pembaca blog yang dihormati sekalian 😀 :

ballet-malay-wedding-littlekittle-1
Ketibaan pihak pengantin lelaki ^-^

ballet-malay-wedding-littlekittle-2

Ayuh, mari mula berjalan.

ballet-malay-wedding-littlekittle-3

Perasaan penuh teruja >w<

ballet-malay-wedding-littlekittle-4

Maniskan muka dengan seri kuntuman senyum^_-

ballet-malay-wedding-littlekittle-5

Paluan kompang ^____^

ballet-malay-wedding-littlekittle-6

Bersiap sedia di tepi pelamin ^O^

ballet-malay-wedding-littlekittle-7
Satu, dua, tiga, yay! >w<

ballet-malay-wedding-littlekittle-8

Kegembiraan bersama 😉

ballet-malay-wedding-littlekittle-9

Ta-daaaa~ ^_____^

 

No.1: Persembahan Tarian “Ballet” Di Majlis Persandingan

Nota: Mohon klik di sini jika sekiranya anda tidak dapat melihat video di atas. *Penting: Sila tonton pada resolusi 1080p HD bagi kualiti gambar video yang lebih baik!*

“True love stories never have endings” ~ Sir Richard Bach

——————————————————–

No.2: Penghormatan Majlis Di Upacara Bergambar

Nota: Mohon klik di sini jika sekiranya anda tidak dapat melihat video di atas. *Penting: Sila tonton pada resolusi 1080p HD bagi kualiti gambar video yang lebih baik!*

No.3: Rentetan Latihan Tarian “Ballet” Bagi Persediaan Hari Ulung 

Nota: Mohon klik di sini jika sekiranya anda tidak dapat melihat video di atas. *Penting: Sila tonton pada resolusi 1080p HD bagi kualiti gambar video yang lebih baik!*

Sampai di sini dahulu, hingga bertemu kembali buat teman comel yang dikasihi ^w^

Moga Allah swt membalas yang terbaik buat kalian. Amin~

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

18. December 2013 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com, My Fun Homeschool | 1 comment

One Comment

  1. Menarik… berapa yer kena bayar?

Leave a Reply