Doa Sahabat Cilik (Puteri Azyana Azlan)

Syukur ke hadrat Ilahi, rentetan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan 1434 memberikan impak terbesar dalam diri saya. Alhamdulillah 😀

Semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa dorongan suami istimewa yang tercinta, anakanda suci yang tersayang serta tautan doa daripada sahabat-sahabat unggul yang setia mendoakan kesejahteraan saya dan keluarga selama ini sejak dari tahun 2006 lagi. Sungguhpun perhubungan kami akrab, tetapi perjumpaan hanya dilakukan di waktu yang diperlukan sahaja kerana miliki tanggungjawab besar terhadap keluarga masing-masing (kadangkala hanya sempat bersua muka secara mingguan atau bulanan malah ada juga yang hanya dapat bertemu sekali sahaja dalam jangka masa setahun). Jalinan kami lebih kepada kepercayaan dan keikhlasan serta ungkapan doa setiap hari ^O^

Alhamdulillah, sahabat-sahabat tulus saya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan peringkat umur. Setiap minggu dan setiap hari, mereka tidak jemu-jemu mendidik saya ilmu baru yang sungguh berguna. Setiap titipan doa harian mereka, amat saya hargai. Jutaan terima kasih sahabat atas kasih sayangmu. Moga Allah swt membalas sejuta kebaikan dan rahmat buatmu sekeluarga di dunia dan akhirat, Amin~ 😉

Semalam, bercucuran air mata saya apabila mendapat kiriman doa terbaru daripada sahabat cilik saya, yakni anakanda cilik solehah yang bernama Puteri Azyana Azlan. Ya, beliau hanya berusia 7 tahun. Namun berjiwa besar. Subhanallah! Jutaan terima kasih sahabatku, diriku amat bertuah berpeluang mengenalimu. Sahabat, dirimu insan berperibadi mulia. Semoga Allah swt sentiasa menghadiahkan yang terbaik buatmu setiap ketika, Amin~ *pelukan & tangisan terharu*

doa-sahabat-lil-azyana-littlekittle

Allahu Akbar! T-T

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

15. July 2013 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | 1 comment

One Comment

  1. Salam Puan,

    Saya Aliza Shah dari akhbar News Straits TImes. Saya sedang dalam process menyiapkan artikle mengenai keluarga yang homeschool anak-anak mereka. Jika Puan tak keberatan saya berharap agar Puan dapat berkongsi pengalaman Puan mengajar sendiri anak-anak Puan dirumah.

    Puan boleh menghubungi saya ditalian 01******** atau email saya *****@*****.com

    Terima Kasih Puan.

Leave a Reply