
Ceritera Kuih Raya
Post by MamaFiza on September 4, 2012
Auto-Published.
——————————————————–
Date: 3rd September 2012
Hari Sabtu yang lalu, terdapat beberapa orang anak-anak cilik yang hadir bersama ibubapa mereka ke acara mini jemputan tertutup kami sekeluarga bertanya kepada saya, “Auntie MamaFiza, semuanya makanan berat sahaja. Kuih raya, tiada?“
Saya membalas dengan nada tersipu-sipu, “Kuihnya ada, tetapi makcik belum sempat basuh bekasnya dan isikan ke dalam balang kuih raya. Makcik minta maaf ya, si comel” T-T *tangisan kekesalan*
Disebabkan jadual tugasan dan sekolah di rumah kami yang amat penuh sejak dari bulan Mei hingga ke hari ini, persiapan kuih raya juga terlambat dikemaskini. Kami masih menghadiri tugasan luar walaupun cuti perayaan
Jutaan kemaafan dipohon atas segala kesulitan ini, anak-anak kecil. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menceriakan hari kami tanpa kenal erti jerih, moga Tuhan sentiasa membalas yang teristimewa buat kalian sekeluarga, Amin~
Baru siap disusun, Alhamdulillah ^-^
Yum-yum-yum! ![]()
p/s: paling menggemari kuih tiram buatan nenda tersayang -_- *igauan rindu*
Comments
Leave a Reply






MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
LittleKittle.com's Kids, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube







