Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 2nd August 2012


Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Kali Ke 20 untuk tahun 2012, Peringkat Kebangsaan, Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan swasta. Berlangsung di Auditorium, Kompleks E, Presint 1, Putrajaya pada bulan Ramadhan-Al Mubarak yang lalu 😉 *Alhamdulillah*

Jutaan terima kasih atas kasih sayang suami yang sudi menghantar saya ke acara ini serta sokongan padu daripada majikan istimewa saya yang merelakan saya hadir ke majlis ini untuk khidmat sukarelawati di bawah naungan Pusat Laktasi Negara.

Bersama “geng orang kuat” penyusuan ibu! *Alhamdulillah* 😀
Cuma Cik Rita Rahayu yang jauh di rantau orang.

Satu lagi . . . Kata K-E-J-U! ^O^

Bertuah kerana berpeluang berguru dengan Cik Puan Siti Mariam yang penuh karisma! Peluk beliau erat-erat! Cik Siti ini guru yang mudah dibawa berbincang dan pengasih orangnya. Masakan boleh mencari penggantinya~ Cik Siti, jutaan terima kasih kerana sanggup menerima saya sebagai anak muridmu (walaupun saya bersifat ADHD kekal! Haaa).

Cubaan menggoda Cik Puan Dr Hairin Anisa di waktu beliau sedang sibuk bertugas! He he he, terima kasih Dr kerana selalu sabar dengan perangai nakal saya. Ribuan terima kasih atas tunjuk ajarmu Dr. Ini adalah acara di bulan puasa, tetapi semangat kental beliau dalam mengharunginya sangat saya kagumi, hebat wanita ini!

Bersama Cik Nor Kamariah Mohd Alwi , SusuIbu.com , teman jelitawan yang tidak akan dilupakan jasa baiknya sejak perkenalan pertama di tahun 2005! Terlalu banyak kenangan manis dan ilmu yang tidak jemu dikongsi oleh beliau buat diri saya. Subhanallah, dirimu insan yang cekal Cik Kamariah, moga Allah swt sentiasa membalas yang terbaik buatmu sekeluarga, Amin~ 😉

Perbezaan tentang Cik Kamariah yang terkini buat diri saya ialah, beliau sangat anggun menggayakan busana kebaya ^-^ Beliau lebih jauh kehadapan dengan elemen komedi pabila berbicara dengan saya, amboi kalah saya yang gemar berjenaka ini! Tidak kering gusi saya dibuatnya, ha ha ha. Ish ish ish, cepatnya masa berlalu Cik Kamariah >w<

Gambar rupawan teman akrab “Kumpulan Lemak Sokongan” saya, yakni Cik Zilal bersama Cik Kamariah yang baik hati ^_-
Nota kecil: Cik Aqilah yang bertuah, kami merinduimu disana!!!
p/s: Cik Zilal, mengapalah kita berdua sering tiada jodoh bergambar berdua? Adakah kerana kita sering sibuk bertukar tugasan sebagai jurukamera amatur? 😀

Sempat bergambar bersama Cik Hayatie yang tinggi lampai bak model!
Beliau amat berbakat dalam hasil seni dan kreatif ^_^

Rezeki rahmat-Nya, dapat berjumpa dengan kenalan lama sewaktu menuntut ilmu 4 bulan di SMK(P) Likas, Kota Kinabalu! Cik Ainul Maria yang sentiasa girang dan penuh ilmu di dada! Rindunya saya pada beliau dan rakan-rakan suci yang lain, jutaan terima kasih kerana sudi menjadi teman yang berperibadi tinggi buat saya ^___^ Gembiranya!

Cik Iman yang comel, saya suka nama beliau dan cara percakapan beliau yang amat fasih berbahasa Inggeris ^_- Saya tidak percaya beliau sudah berkahwin dan punyai anak!

——————————————————–

Teruskan perjuangan murnimu ibu-ibu yang bersemangat waja, moga Allah swt sentiasa bersama kalian, Amin~ Peluk!!!

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

29. August 2012 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | 1 comment

One Comment

  1. Pingback: Tajaan Hadiah Untuk Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan WPKL&P | HappyMindz.com

Leave a Reply