Ruang Timba Ilmu (I)

Post by MamaFiza on August 27, 2012 

Auto-Published.

——————————————————–

Date: 4th-12th June 2012


Alhamdulillah, berkesempatan untuk menimba ilmu tambahan bagi kursus kaunseling penyusuan susu ibu (sesi 40 jam) di bulan Jun lalu :-D

Walaupun diri ini bertuah kerana berpeluang memberikan tempoh penyusuan eksklusif secara penyusuan berganda buat kesemua 4 permata hati tersayang (sesi penyusuan selama 30 bulan bagi setiap cahaya mata), namun jujurnya saya percaya bahawa lebih banyak perkara yang boleh saya dalami dan pelajari dalam perihal ini untuk didikan anak-anak kami dan juga atas amanat suami tercinta, majikan teristimewa dan sahabat suci. Jutaan terima kasih, kalian. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar >___<

Kami sekeluarga tiba sehari lebih awal di Sumai Suite Hotel, Kuala Terengganu untuk persiapan kelas yang lebih teratur untuk saya yang jadualnya terlalu sibuk di minggu-minggu lalu dengan tugasan. Gambar-gambar ditangkap sebagai jurnal harian pembelajaran untuk rujukan peribadi.

Hari pendaftaran pertama. Dewan lengang kerana ramai peserta belum tiba disebabkan pertukaran jadual pesawat.
Alhamdulillah, dapat duduk di barisan kanan, paling hadapan ;)


Terlalu banyak memori indah bersama teman-teman seperguruan yang dikagumi serta tenaga pengajar yang sangat dedikasi dan bertauliah :-D
Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buatmu teman-teman rupawan kerana tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan.*Pelukan rindu!*

Tiada istilah berhenti untuk saya menerokai pelbagai bidang ilmu, contohnya dalam hal penyusuan susu ibu ini ; walaupun saya sudah melalui detik-detik dan pengalamannya dengan laluan jambatan emas *Alhamdulillah*, tetapi kecintaan terhadap pendidikan itu tetap terpalit di hati.

Insya-Allah, akan kemaskini sambungan episod bergambar dalam misi menimba ilmu ini >w<

Sungguhpun rentetan coretannya hanya sekelumit dapat dimasukkan di sini disebabkan faktor kekangan masa, namun kenangannya tersemat utuh di sanubari.

Comments

  1. [...] gambar dan kemaskini seterusnya akan dimasukkan secara berperingkat minggu hadapan. Jutaan terima kasih kerana sudi [...]

  2. [...] Tempahan tiket penerbangan AirAsia (pergi-balik) untuk 6 orang bagi tujuan menambah bekalan ilmu untuk HappyMindz di Kuala Terengganu, Terengganu dibawah kelolaan Pusat Laktasi Negara [...]

Leave a Reply



Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin