
You Might Be . . .
Post by MamaFiza on August 31, 2012
Auto-Published.
——————————————————–
. . . a cat lover if you’re a good midwife for cats!
You’ll never regret to be her buddy. She’s the most warmest person I’ve ever known!
What a superb lunch and absolutely divine homemade food made by Miss Mazri Ernie and her beloved mom ^_^
Thanks a lot dearie
*happy cries for “daging Bali”*
Yummms! *special dessert: steamed banana cakes a.k.a lepat pisang* >w<
Miss Mazri with her lovely princess Aludra and her adorable momma
KiruaMi-cHan playing endlessly with charming lil brother Aymeric ^-^
Thank you Aymeric for being such an angel to us, hugs!
I’m beyond thrilled! Ga ga ga >O< *Alhamdulillah*
p/s: Really freaking awesome family! Her mom & dad plus her big bro & future SIL Miss Ika *giggles*
Girls just so excited playing with their new friends. Thank you so much for sharing toys with my kiddies, deeply appreciate ‘em ^__^
Hope to see you again Miss Mazri, cheerio~

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan
Post by MamaFiza on August 29, 2012
Auto-Published.
——————————————————–
Date: 2nd August 2012
Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Kali Ke 20 untuk tahun 2012, Peringkat Kebangsaan, Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan swasta. Berlangsung di Auditorium, Kompleks E, Presint 1, Putrajaya pada bulan Ramadhan-Al Mubarak yang lalu
*Alhamdulillah*
Jutaan terima kasih atas kasih sayang suami yang sudi menghantar saya ke acara ini serta sokongan padu daripada majikan istimewa saya yang merelakan saya hadir ke majlis ini untuk khidmat sukarelawati di bawah naungan Pusat Laktasi Negara.
Bersama “geng orang kuat” penyusuan ibu! *Alhamdulillah* ![]()
Cuma Cik Rita Rahayu yang jauh di rantau orang.
Satu lagi . . . Kata K-E-J-U! ^O^
Bertuah kerana berpeluang berguru dengan Cik Puan Siti Mariam yang penuh karisma! Peluk beliau erat-erat! Cik Siti ini guru yang mudah dibawa berbincang dan pengasih orangnya. Masakan boleh mencari penggantinya~ Cik Siti, jutaan terima kasih kerana sanggup menerima saya sebagai anak muridmu (walaupun saya bersifat ADHD kekal! Haaa).
Cubaan menggoda Cik Puan Dr Hairin Anisa di waktu beliau sedang sibuk bertugas! He he he, terima kasih Dr kerana selalu sabar dengan perangai nakal saya. Ribuan terima kasih atas tunjuk ajarmu Dr. Ini adalah acara di bulan puasa, tetapi semangat kental beliau dalam mengharunginya sangat saya kagumi, hebat wanita ini!
Bersama Cik Nor Kamariah Mohd Alwi , SusuIbu.com , teman jelitawan yang tidak akan dilupakan jasa baiknya sejak perkenalan pertama di tahun 2005! Terlalu banyak kenangan manis dan ilmu yang tidak jemu dikongsi oleh beliau buat diri saya. Subhanallah, dirimu insan yang cekal Cik Kamariah, moga Allah swt sentiasa membalas yang terbaik buatmu sekeluarga, Amin~
Perbezaan tentang Cik Kamariah yang terkini buat diri saya ialah, beliau sangat anggun menggayakan busana kebaya ^-^ Beliau lebih jauh kehadapan dengan elemen komedi pabila berbicara dengan saya, amboi kalah saya yang gemar berjenaka ini! Tidak kering gusi saya dibuatnya, ha ha ha. Ish ish ish, cepatnya masa berlalu Cik Kamariah >w<
Gambar rupawan teman akrab “Kumpulan Lemak Sokongan” saya, yakni Cik Zilal bersama Cik Kamariah yang baik hati ^_-
Nota kecil: Cik Aqilah yang bertuah, kami merinduimu disana!!!
p/s: Cik Zilal, mengapalah kita berdua sering tiada jodoh bergambar berdua? Adakah kerana kita sering sibuk bertukar tugasan sebagai jurukamera amatur?
Sempat bergambar bersama Cik Hayatie yang tinggi lampai bak model!
Beliau amat berbakat dalam hasil seni dan kreatif ^_^
Rezeki rahmat-Nya, dapat berjumpa dengan kenalan lama sewaktu menuntut ilmu 4 bulan di SMK(P) Likas, Kota Kinabalu! Cik Ainul Maria yang sentiasa girang dan penuh ilmu di dada! Rindunya saya pada beliau dan rakan-rakan suci yang lain, jutaan terima kasih kerana sudi menjadi teman yang berperibadi tinggi buat saya ^___^ Gembiranya!
Cik Iman yang comel, saya suka nama beliau dan cara percakapan beliau yang amat fasih berbahasa Inggeris ^_- Saya tidak percaya beliau sudah berkahwin dan punyai anak!
——————————————————–
Teruskan perjuangan murnimu ibu-ibu yang bersemangat waja, moga Allah swt sentiasa bersama kalian, Amin~ Peluk!!!

New Edition . . .
Post by MamaFiza on August 29, 2012
of “Buku Luar Biasa”
Alhamdulillah, thanks sweetheart!

Ruang Timba Ilmu (II)
Post by MamaFiza on August 28, 2012
Auto-Published.
——————————————————–
Date: 10th June 2012
Kemaskini hari penganugerahan sijil oleh tenaga pengajar yang disegani buat saya dan teman-teman seperguruan yang comel lagi baik hati, Alhamdulillah
Insya-Allah, gambar dan kemaskini seterusnya akan dimasukkan secara berperingkat minggu hadapan. Jutaan terima kasih kerana sudi membaca rentetan ringkas ini ^___^
Cik Puan Che Aini sangat menyukai terma baru yang saya cipta untuk “tandem nursing” iaitu penyusuan berganda, saya memaklumkan beliau yang saya telah mulai merekacipta perkataan tersebut dan menggunakannya sejak kewujudan laman web mamafiza.com di tahun 2010
Alhamdulillah.
Saya berharap agar perkataan “penyusuan berganda” dapat digunakan dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka bagi menggantikan perkataan dalam bahasa Inggeris ini untuk kegunaan rakyat Malaysia khususnya, Amin.
Bersama ketua penceramah yang paling penyayang: Puan Siti Mariam Bt Ali ^-^
Saya sungguh senang sekali dengan keperibadian mulia beliau, tidak pernah kelihatan sekelumit sendu diwajahnya walaupun tugasan beliau sangat berat bebannya. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan saya suka dengan tips solekannya! Hehehe, comel sangat!
Jutaan terima kasih buat guru-guru yang disanjungi, jasa kalian amat dihargai hingga ke akhirnya
- Cik Puan Che Aini Abdul Razak – Saya sungguh suka dengan cara pengajaran beliau yang sangat menyentuh kalbu, beliau seorang yang banyak pengalaman serta banyak beri panduan buat saya, terima kasih Cik Che Aini! *Inilah panggilan manja saya buat beliau, selalu menghantui hari-hari beliau disana, kasihan Cik Che Aini melayan karenah saya, Cik Che Aini, Cik Che Aini! >w<*
- Cik Puan Dr Hairin Anisa Tajudin – Perwatakan beliau yang amat saya kagumi sebagai pakar kanak-kanak yang berwibawa menyebabkan saya terus “melekat” pada beliau untuk menimba lebih banyak ilmu. Beliau sangat tabah, ceria dan kreatif, senang dibawa berbincang, budi beliau akan saya ingat dan kenang sampai bila-bila) ^_^
- Cik Puan Noor Lita Samion – Saya tabik tinggi dengan aura keibuan yang sentiasa ada dalam diri beliau. Terlalu banyak intipati dan tips berharga yang dibekalkan olehnya buat kami semua. Sentiasa penuh dengan senyuman manis, ayu! ^-^
- Cik Puan Rohaya Abdul Hamid - Karekter beliau yang luhur dan jujur amat disenangi oleh semua insan >_< Saya memanggil beliau dengan panggilan yang istimewa iaitu “Dr Roy”, walaupun acapkali ditegah beliau. Jujurnya buat diri saya, tidak mudah untuk menjadi insan seperti Dr Roy, sangat prihatin setiap ketika beliau sentiasa bersedia. Sangat suka dengan Dr Roy! >O<
Doa yang terbaik buat rakan-rakan yang tulus ikhlas semua
Hanya ini koleksi gambar simpanan yang saya ada, jika Cik/Cik Puan miliki gambar lain, mohon email pada saya untuk diletakkan diruangan ini. Ribuan terima kasih ^_-

We’re in The Straits Times Singapore Newspaper :)
Post by MamaFiza on August 27, 2012
Good morning marvelous momma
A quick update for today, we’ve been featured in The Straits Times Singapore newspaper, on 20th August 2012 *Alhamdulillah*
SUPER-DUPER excited~
Click here to read e-version!
Will ask Miss Yen Nie the extraordinary journalist for personal copy. See ya later with full updates
Ja ne!
p/s: gazillion thanks to The Straits Times, gorgeous and generous lady Miss Yen Nie *tears & hugs* Thank you lovely lady for your endless support, may God blessed your day! *cuddles plus tickles*

Ruang Timba Ilmu (I)
Post by MamaFiza on August 27, 2012
Auto-Published.
——————————————————–
Date: 4th-12th June 2012
Alhamdulillah, berkesempatan untuk menimba ilmu tambahan bagi kursus kaunseling penyusuan susu ibu (sesi 40 jam) di bulan Jun lalu
Walaupun diri ini bertuah kerana berpeluang memberikan tempoh penyusuan eksklusif secara penyusuan berganda buat kesemua 4 permata hati tersayang (sesi penyusuan selama 30 bulan bagi setiap cahaya mata), namun jujurnya saya percaya bahawa lebih banyak perkara yang boleh saya dalami dan pelajari dalam perihal ini untuk didikan anak-anak kami dan juga atas amanat suami tercinta, majikan teristimewa dan sahabat suci. Jutaan terima kasih, kalian. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar >___<
Kami sekeluarga tiba sehari lebih awal di Sumai Suite Hotel, Kuala Terengganu untuk persiapan kelas yang lebih teratur untuk saya yang jadualnya terlalu sibuk di minggu-minggu lalu dengan tugasan. Gambar-gambar ditangkap sebagai jurnal harian pembelajaran untuk rujukan peribadi.
Hari pendaftaran pertama. Dewan lengang kerana ramai peserta belum tiba disebabkan pertukaran jadual pesawat.
Alhamdulillah, dapat duduk di barisan kanan, paling hadapan

Terlalu banyak memori indah bersama teman-teman seperguruan yang dikagumi serta tenaga pengajar yang sangat dedikasi dan bertauliah ![]()
Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buatmu teman-teman rupawan kerana tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan.*Pelukan rindu!*
Tiada istilah berhenti untuk saya menerokai pelbagai bidang ilmu, contohnya dalam hal penyusuan susu ibu ini ; walaupun saya sudah melalui detik-detik dan pengalamannya dengan laluan jambatan emas *Alhamdulillah*, tetapi kecintaan terhadap pendidikan itu tetap terpalit di hati.
Insya-Allah, akan kemaskini sambungan episod bergambar dalam misi menimba ilmu ini >w<
Sungguhpun rentetan coretannya hanya sekelumit dapat dimasukkan di sini disebabkan faktor kekangan masa, namun kenangannya tersemat utuh di sanubari.






















































MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
LittleKittle.com's Kids, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube







