Kejutan Istimewa Daripada Suami Tercinta

Kejutan TERBAIK! *Alhamdulillah* 😀

Degupan jantung dan nadi ini: amat terharu dengan linangan air mata dan perasaan yang sunggu sayu T-T, namun segenap hati dipenuhi dengan kegirangan.

Mengapa?

Ini semua gara-gara suami tersayang telah membuat kejutan khas yang teristimewa buat isterinya yang sedang sibuk menyediakan masakan bagi hidangan berbuka puasa.

Tarikh: 5 hari sebelum Aidilfitri 2010, Waktu: Jam 7.00 malam.

Kenyataan rasmi: Ya, muka si isteri telah menjadi bertambah comot dengan basahan air mata syahdu.

Alasan?

Suami tersayang ingin memberikan kejutan istimewa sebagai tanda ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat isterinya yang tidak jemu atau letih berusaha dalam menyediakan menu terbaik buat seisi keluarga untuk setiap hari bagi setiap tahun terutamanya hidangan khusus di bulan Ramadhan agar anak-anak comel gigih berpuasa bersama ayahanda mereka yang dikasihi.

 

Oh, lihatlah riak wajah gembira itu ^O^ *Alhamdulillah*

Sila abaikan raut wajah penulis yang berminyak kerana penulis sedang memasak di dapur dan menerima kejutan hadiah berserta bunga kegemaran pula daripada suami tersayang yang baru sahaja tiba ke rumah. p/s: Ya, di dalam kamar peribadi kami terdapat 2 bahagian yang dikongsi bersama, (I) lampu berwarna keemasan dan (II) lampu berwarna kebiruan. Ini adalah kerana penulis menyukai rona romantik untuk meja peribadinya manakala suami tercinta menggemari warna biru untuk pencahayaan ruang peribadinya 😉

 

Bunga kegemaran penulis yang hanya diketahui oleh suami tersayang sejak di zaman persekolahan: Lili Stargazer >w< *oh, kini telah diumumkan pula!*

Nota tambahan: Alhamdulillah, 2 bibit tunas bunga ini telah bercambah dan mekar setelah dijaga dengan rapi serta dapat bertahan selama 10 hari 😉

 

Himpunan tas tangan yang diterima hari ini ^-^

 

Bukan 1 atau 2, tetapi 4 buah tas tangan baru.
Terima kasih sayang ^_-
*Nota cinta telah selamat sampai ke tangan suami~ Heeeee . . .!*

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar!
Terima kasih padaMu Tuhan atas nikmat kurniaMu dengan menghadiahkan diri ini dengan naungan kasih sayang insan paling bermakna, suami tercinta. Alhamdulillah. Moga balasan yang paling mulia dariMu, buat dirinya. Amin~

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

29. December 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply