Diari Masakan 012 – Kerang Rebus Tumis Serai & Halia

Hari yang indah ini dimulakan dengan kalimah suci Bismillahir-Rahmanir-Rahim 😉

Salam hormat buat teman-teman anggun yang disegani. Semoga setiap saatmu dipenuhi dengan keberkatan dan nikmat-Nya . Amin~

Nukilan entri pada kali ini adalah berkisar tentang hidangan “kerang rebus“.

Selain menu kerang bakar, puteri cilik kami: ReiHi-cHan, YunaFi-cHan dan HidE-cHan serta saya, amat menggemari masakan kerang rebus.

Alhamdulillah, kami telah banyak mencuba resipi malah “bereksperimen” dengan kumpulan moluska dwicangkerang yang enak ini. *gaya sesi bersuka-ria!* ^O^

Oh, ya. Apakah pula cara yang sesuai untuk membersihkan kerang?

Kami selalu melakukan rutin di bawah sebelum merebus atau memasak kerang sebagai santapan keluarga:

  • Kerang dibilas secara berhati-hati dan teliti di bawah aliran air paip yang mengalir agar kotoran atau lumpur yang melekat pada kulit kerang dapat dibersihkan dengan cermat.
  • Kemudian, kerang direndam bersama air yang telah dicampurkan bersama garam bukit, serai (yang telah diketuk) dan beberapa ulas bawang putih, selama 15-20 minit.


Kebersihan perlu diutamakan bagi mengelakkan isu keracunan makanan >w<

Tajuk Menu: Kerang Rebus Tumis Serai & Halia


Upacara merebus kerang! Heeee ^_____^


Tumis bersama minyak zaitun tulen, hirisan bawang Holland, cili api/cili padi, cili merah dan cili hijau, halia, serai dan sedikit stok rebusan ikan supaya rasa isi kerang menjadi lebih harum, sedap dan menyelerakan. Amboi, sungguh menggiurkan! 😀


Sejurus selepas kerang direbus, jangan lupa untuk menggaul bahan masakan hingga sebati.

Bagaimanakah pula kaedah yang digunakan oleh para jelitawan sekalian untuk membersihkan kerang sebelum dimasak? Mari kongsikan bersama 😉

Teruskan usaha murni kalian untuk memberikan cita rasa terbaik buat famili tercinta. Selamat maju jaya! *peluk*

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

23. May 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply