Diari Masakan 011 – Sambal Udang, Sambal Sotong

Dengan nama Tuhan Yang Maha Agung, Bismillahir-Rahmanir-Rahim 😉

Moga Tuhan sentiasa merahmati dan memberkati harimu, teman yang budiman. Amin~

Ayuh kita bercerita perihal masakan sambal di hari minggu ini.

*Menaip di papan kekunci sambil terkenang keenakkan sambal ikan keli masakan nenda tersayang! -_-*

Bagaimanakah cara penyediaan bahan tumisan sambal yang enak?

Jujurnya, jangan sesekali berputus asa jika hasil masakan pertama kali tidak menjadi kerana selalunya semakin rajin mencuba pasti akan memberikan hasil yang lebih sedap. Saya juga masih gigih belajar untuk menambah lagi kelazatan menu kegemaran ini ^_-

  • Pilih cili kering yang berwarna merah gelap dan berkedut atau kerinting kerana kebiasaannya cili jenis ini tidak pedas.
  • Keseimbangan rasa: pedas, manis, masin dan masam perlu diaplikasikan dalam masakan sambal tumis atau sambal goreng.
  • Sila tumis bahan masakan dengan minyak panas (saya gunakan minyak zaitun tulen), gaul secara berhati-hati dan masak sehingga “naik minyak“, agar cili benar-benar masak sekata serta dapat mengelakkan sakit perut setelah menikmati hidangan ini.
  • Tidak perlu tambah air ke dalam masakan kerana campuran bahan mentah (udang/sotong/ayam/daging/daging kambing) akan berair apabila dimasak.

 

Tajuk Menu: Sambal Udang


Sambal Udang (Pedas + Manis) bersama Cucur Bilis ^O^

Tajuk Menu: Sambal Sotong


Sambal Sotong (Pedas + Manis)


Nasi Lemak Sambal Sotong (Pedas) + Ayam Goreng Garing Berempah

p/s: perhatikan warna sambal yang berbeza, merah gelap untuk sambal pedas dan manis manakala warna merah menyala bagi sambal tumis pedas >w<

Apa pula rahsia masakan sambal tumis famili anda? Jika tidak keberatan, boleh kongsikan bersama 😀

Buat para pembaca yang dikasihi, selamat menjamu selera bersama keluarga tercinta Jaga diri dengan baik, ya! *peluk*

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

21. May 2011 by MamaFiza
Categories: Mama's Talk | Leave a comment

Leave a Reply