Diari Masakan 012 – Kerang Rebus Tumis Serai & Halia

Post by MamaFiza on May 23, 2011 

Hari yang indah ini dimulakan dengan kalimah suci Bismillahir-Rahmanir-Rahim ;)

Salam hormat buat teman-teman anggun yang disegani. Semoga setiap saatmu dipenuhi dengan keberkatan dan nikmat-Nya . Amin~

Nukilan entri pada kali ini adalah berkisar tentang hidangan “kerang rebus“.

Selain menu kerang bakar, puteri cilik kami: ReiHi-cHan, YunaFi-cHan dan HidE-cHan serta saya, amat menggemari masakan kerang rebus.

Alhamdulillah, kami telah banyak mencuba resipi malah “bereksperimen” dengan kumpulan moluska dwicangkerang yang enak ini. *gaya sesi bersuka-ria!* ^O^

Oh, ya. Apakah pula cara yang sesuai untuk membersihkan kerang?

Kami selalu melakukan rutin di bawah sebelum merebus atau memasak kerang sebagai santapan keluarga:

 

Kebersihan perlu diutamakan bagi mengelakkan isu keracunan makanan >w<

 

 

Tajuk Menu: Kerang Rebus Tumis Serai & Halia

Upacara merebus kerang! Heeee ^_____^

 

 

Tumis bersama minyak zaitun tulen, hirisan bawang Holland, cili api/cili padi, cili merah dan cili hijau, halia, serai dan sedikit stok rebusan ikan supaya rasa isi kerang menjadi lebih harum, sedap dan menyelerakan. Amboi, sungguh menggiurkan! :-D

 

 

Sejurus selepas kerang direbus, jangan lupa untuk menggaul bahan masakan hingga sebati.

 

 

Bagaimanakah pula kaedah yang digunakan oleh para jelitawan sekalian untuk membersihkan kerang sebelum dimasak? Mari kongsikan bersama ;)

Teruskan usaha murni kalian untuk memberikan cita rasa terbaik buat famili tercinta. Selamat maju jaya! *peluk*

Diari Masakan 011 – Sambal Udang, Sambal Sotong

Post by MamaFiza on May 21, 2011 

Dengan nama Tuhan Yang Maha Agung, Bismillahir-Rahmanir-Rahim ;)

Moga Tuhan sentiasa merahmati dan memberkati harimu, teman yang budiman. Amin~

Ayuh kita bercerita perihal masakan sambal di hari minggu ini.

*Menaip di papan kekunci sambil terkenang keenakkan sambal ikan keli masakan nenda tersayang! -_-*

Bagaimanakah cara penyediaan bahan tumisan sambal yang enak?

Jujurnya, jangan sesekali berputus asa jika hasil masakan pertama kali tidak menjadi kerana selalunya semakin rajin mencuba pasti akan memberikan hasil yang lebih sedap. Saya juga masih gigih belajar untuk menambah lagi kelazatan menu kegemaran ini ^_-

 

Tajuk Menu: Sambal Udang

Sambal Udang (Pedas + Manis) bersama Cucur Bilis ^O^

Tajuk Menu: Sambal Sotong

Sambal Sotong (Pedas + Manis)

Nasi Lemak Sambal Sotong (Pedas) + Ayam Goreng Garing Berempah

p/s: perhatikan warna sambal yang berbeza, merah gelap untuk sambal pedas dan manis manakala warna merah menyala bagi sambal tumis pedas >w<

Apa pula rahsia masakan sambal tumis famili anda? Jika tidak keberatan, boleh kongsikan bersama :-D

Buat para pembaca yang dikasihi, selamat menjamu selera bersama keluarga tercinta Jaga diri dengan baik, ya! *peluk*

Diari Masakan 009 – Ikan Susu Panggang

Post by MamaFiza on May 17, 2011 

Dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, kita teruskan catatan diari masakan kali ini ;)

Salam sejahtera dan salam mesra buat teman-teman yang dikasihi ^-^ Moga sihat ceria bersama keluarga, Amin~

Hari ini saya ingin kongsi bersama perihal “ikan susu“. Pernahkah bonda jelitawan sekalian cuba memasak hidangan ini?

Tidak dapat disangkal lagi, ikan bersisik lembut ini mempunyai keenakan rasa isinya yang tersendiri: halus, lemak dan manis, malah tidak berbau hanyir.

Namun begitu, ikan ini kurang sesuai untuk dihidangkan kepada si cilik kerana ikan susu mempunyai tulang yang banyak seperti ikan parang dan ikan terubuk.

Jika ingin memberikan anak anda mencuba rasa ikan ini, tolong cubitkan isinya sedikit demi sedikit dan asingkan tulang ikan susu dengan teliti agar tidak tercekik.

 

Tajuk Menu: Ikan Susu Panggang

Ikan susu yang dipanggang dengan daun kunyit~

 

Perlu dibersihkan terlebih dahulu dan diperap selama setengah jam atau semalaman sebelum dipanggang >w<

 

Rumusan:

Alhamdulillah, cara memanggang ikan susu tidak sukar dan saya gunakan minyak zaitun tulen di dalam resipi ini bagi menambah kelazatannya.

 

Cadangan Masakan: Ikan ini juga sesuai untuk dimasak dengan cara masakan pindang/singgang atau tom yam. Menu mudah serta menyelerakan untuk dijamu bersama nasi panas!

 

Bagaimanakah pula cara kesukaan Cik/Cik Puan/Tuan, untuk memasak hidangan ikan susu? Ayuh, sila kongsikan bersama :-D

Jutaan terima kasih kerana setia meneruskan agenda masakan yang terbaik buat famili anda ^___^

Diari Masakan 010 – Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Ikan Tenggiri

Post by MamaFiza on May 17, 2011 

Bismillahir-Rahmanir-Rahim, mari ikuti sambungan edisi entri kali ini yang masih berkaitan dengan hasil masakan tradisional bertemakan ikan.

Adakah para pembaca yang disegani gemar akan masakan “asam pedas“?

Menu ini sangat terkenal dan popular di negeri Melaka dan Johor ;)

 

Tajuk Menu: Asam Pedas Ikan Pari

Potongan nenas segar berbentuk kiub digunakan di dalam resipi di atas sebagai penambah rasa~

 

Tajuk Menu: Asam Pedas Ikan Tenggiri

Hidangan lengkap bersama sayuran campur, cendawan dan isi ketam, tauhu goreng dan juga ayam panggang berempah >O<

 

Rumusan:

Alhamdulillah, resepi asam pedas yang digemari oleh keluarga saya ialah hidangan yang “benar-benar” pedas. Jika si cilik ingin mencuba masakan ini, pastikan masakan disediakan tidak terlalu pedas kerana dikhuatiri akan menganggu sistem penghadaman si kecil.

 

Cadangan Masakan: Antara bahan lain yang sesuai untuk dimasak bersama asam pedas selain daripada daun kesum dan tomato, adalah bunga kantan dan bendi.

 

Ayuh, pelbagaikan gaya memasak khas buat keluargamu bonda ayu, agar setiap ahli famili semakin gemar untuk menikmati hidangan masakan di rumah :-D

Moga Tuhan sentiasa mempermudahkan urusan harian kalian, Amin~ *peluk!*

Next Page →



Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin