Seikhlas Hati

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ^O^

Moga hari yang terindah lagi bermakna buat teman-teman jelitawan yang dirindui selalu. Saya panjatkan doa agar dirimu diberkati-Nya, Amin~ 😉

Wah, sudah terlalu lama tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog peribadi ini, akaun Facebook juga terpaksa diberhentikan buat seketika di atas kesibukan jadual harian T-T *tangisan syahdu* Maaf buatmu, teman!

Alhamdulillah, segala perancangan berjalan lancar. Buku Hidangan Si Cilik sedang dalam proses penggambaran semula bagi percetakkan ke-2! (ya, disebabkan sambutan dan jualan hangat dipasaran, syukur pada Ilahi!!!)

Jutaan terima kasih atas sokongan tulus dan doa suci kalian, saya amat menghargainya 😀

Misi khas di Butik MamaYayaZone.com ~
Terima kasih Cik Taty kerana sudi mengirimkan gambar kenangan ini:

Di sini terdapat beberapa pengumuman yang ingin saya kongsikan bersama:

  • Kepada Tim Reseller Buku (TRB) yang masih belum mendapat buku yang ditempah, mohon email kembali pada Tuan Amir Hamzah melalui email (littlekittlestore@gmail.com) agar penghantaran dapat dilakukan untuk jadual bulan Mei 2011. Ribuan maaf atas segala kesulitan pihak TRB yang berjasa!
  • Kelas Masakan Khas : Masak-Masak Bersama Mamafiza akan diadakan pada bulan Mei 2011 (hari Sabtu) ini di MamaYayaZone.com’s Kitchen Boutique, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi 😉 Penyertaan terhad dan harga pendaftaran terawal akan diberikan kepada 5 peserta pertama.
  • Blog aktiviti sekolah di rumah (LittleKittle.com) telah berjalan kembali sejak awal bulan April 2011 dengan kemaskini perihal aktiviti sepanjang tahun 2011, Alhamdulillah. Walaupun entri tersebut diterbitkan secara automatik (disebabkan kesuntukan masa harian saya), namun saya berharap pengisiannya dapat memberi idea buat bonda anggun sekalian. Insya-Allah, blog MamaFiza.com akan mula beroperasi secara automatik pada bulan Mei ini (seperti blog LittleKittle.com). Yeay!!!
  • Saya mohon bantuan Cik/Puan/Tuan untuk hantar kembali pertanyaan yang diajukan kepada saya buat ruangan “Pertanyaan Resipi” mengikut format baru yang diberikan di sini kerana saya menerima terlalu banyak akaun email yang tidak mempunyai penerima. Terima kasih atas bantuanmu ^___^
  • Jumpa kami esok, Tim Si Cilik LittleKittle.com di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 , Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur, 26hb April 2011 , jam 3 hingga 5 petang , lokasi Booth PTS C01 – C012 >_________<

Sampai bertemu kembali, sila jaga kesihatanmu dengan baik 😀 *pelukan rindu!*

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

25. April 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply