Anugerah Nikmat Deria Rasa ^-^

Lokasi: Pesta Buku MPH 2011, JUSCO, Alpha Angle Centre Court, Kuala Lumpur (13hb Mac 2011).

Waktu: Di sekitar jam 3-5 petang.

Nota: Saya tidak dapat menyimpan perasaan teruja apabila kami disambut dengan ruang pentas demo masakan yang sungguh luas (terima kasih tim MPH Alpha Angle ^O^), beberapa papan tanda serta banner comel yang dibuat berdasarkan tema blog mamafiza.com (terima kasih Cik Zila & tim PTS yang tersohor *bahagian pemasaran*) 😉


Pintu masuk >w<


Kejutan besar buat kami, Alhamdulillah 😀
Anak-anak saya amat menyukai banner ini dan kami ingin bawa pulang, boleh? ^-^ Terima kasih pada pereka banner yang sungguh kreatif dalam menggabungkan warna ceria, kami sangat berterima kasih.


Amboi, amboi, amboi! Atas kayangan, oh~


Cuba cari kami? ^_____^

Bagaimanakah rasanya jika komentar bagi sesi demo masakan kali kedua oleh Tim Si Cilik LittleKittle pada tahun 2011 disusuli dengan senyuman ikhlas (dan paling lebar!) serta ucapan terima kasih ikhlas daripada pengunjung dan pelawat yang sudi menjamu hidangan sihat kami dan seraya berkata,

Amat sedap! Boleh saya tambah lagi?

Kini, bukan hanya jumlah kutipan bintang yang diberikan, malah para penonton sanggup tampil kehadapan dan menyatakan mereka tidak menyangka bahawa menu sihat yang lazat dapat disajikan buat setiap ahli keluarga dalam kos yang paling minima dan dengan cara yang mudah.

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar, Amin~

Aduhai, terharu benar rasa hati ini T-T


Ayuh, kita mulakan!


Main masak-masak ya?

Jutaan terima kasih buat ANDA semua 😀 Tanpa sokongan tulus anda, tiadalah kami di sini. Moga Tuhan memberikan anugerah yang teristimewa buat kalian: sahabat + teman yang tidak dapat saya tukar ganti. Amin~

Setinggi penghargaan buat tim PTS Millennia yang begitu komited, Cik Zila & anakanda puteri Humaira yang setia lagi banyak membantu famili kami, pihak pengurusan MPH Alpha Angle, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang sungguh berdedikasi penuh dibawah kelolaan Cik Puan Fiza dan tim beliau.

Tim Si Cilik LittleKittle.com , Mamafiza dan Cik Fiza >_<

Terima kasih buatmu, teman-teman rupawan!!!

p/s: Ribuan maaf buat Cik Puan Chef Hanieliza, Tuan Syed Aiman, Cik nelcyndana & keluarga, Cik Yus & keluarga, Cik Taty, Cik Fathi, Cik Intan, Cik Husna Adnan, tim media: Cik Siti, Cik Affizar, Cik Rina & Cik Lina: kerana entri khas buat kalian masih belum sempat saya siapkan disebabkan begitu sibuk dengan urusan harian serta tugasan luar, Insya-Allah saya akan kemaskini sedikit demi sedikit. Terima kasih banyak kerana sering menjadi teman yang amat memahami 😀

Buat senarai bonda penyayang: Cik Ummi Fatimah Amani, Cik Basrah dan Cik Zuraihan, yang menghantar email pada saya berkenaan pertanyaan resipi, saya akan balas dalam masa terdekat, Insya-Allah 😉 Mohon nantikan ya. Terima kasih!

! Boleh

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

15. March 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply