Air Tangan Isteri

Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<

Moga hidup teman-teman jelitawan saya sentiasa dinaungi keberkatan Arashy-Nya, Amin~

Doa suci yang tiada berpenghujung saya titipkan buatmu yang amat setia, jutaan terima kasih, rakan dan taulan. Peluk! 😀

Di kesempatan ini saya ingin memohon bantuan murnimu bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan bayi puteri (pra-matang) yang mengkagumkan buat Cik Sue, sahabat yang tulus ikhlas. Sekalung terima kasih atas budi pekertimu dalam perihal ini. Indahnya kebesaran ciptaan-Nya, Subhanallah! >_<

Ribuan maaf disebabkan masa saya yang agak suntuk bagi minggu ini, beberapa soalan berkenaan resipi akan saya cuba balas pada minggu hadapan, Insya-Allah. Mohon jangan bimbang, pasti kita telusuri bersama 😉

Sedikit nukilan pendek di hari ini berdasarkan soalan Cik Emma daripada Kluang, Johor, bertanyakan cara sewajarnya menyediakan masakan untuk suami tersayang disebalik kesibukan kerjaya.

Pertama sekali, terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menghantar pesanan FB buat saya berkenaan hal ini. Namun begitu, saya juga masih tidak putus asa dalam menimba ilmu tentang alam rumah tangga kerana saya percaya lebih banyak yang perlu saya perbaiki, Insya-Allah ^____^


Menu untuk suami yang baik hati: Chicken Chop, Telur Mata Kerbau, Coleslaw Cahaya.

Sungguhpun begitu, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman peribadi yang tidak seberapanya ini. Semoga kita dapat menambah pengetahuan bersama khas untuk kebahagiaan keluarga, Amin~

Saya dan suami tercinta tidak pernah mengimpikan hari persandingan “Raja Sehari“, oleh sebab itu saya gelarkan beliau “Sang Raja” kerana saya kekal percaya bahawa beliau adalah raja yang bertakhta dalam setiap saat hidup saya, sepanjang waktu, sepanjang hari, sepanjang hayat.

Alhamdulillah, disebabkan semangat inilah, saya cuba yang terbaik untuk melayan dan menghiburkan hati suami yang paling saya kasihi ini, setiap hari. Sejak hari pertama bersama, hidangan harian kami kongsi di dalam satu pinggan yang sama dan suapan cinta diberikan hingga ke saat ini (Alhamdulillah). Tanpa rasa jemu, tanpa perasaan culas.


Menu untuk suami yang baik hati: Char Kuey Tiaw bersama Udang dan Isi Kerang.


Menu untuk suami yang baik hati: Lasagna Keju + Daging Kambing.

Sehinggakan pernah di suatu ketika saya ditimpa ujian-Nya (sakit) yang menyebabkan saya benar-benar tidak boleh melakukan hal-hal seharian yang biasanya saya lakukan, cinta hati saya ini (Sang Raja) telah sudi menggalas tugas berat saya.

Namun bisikan jujurnya di malam hari di hujung telinga saya, setelah satu hari suntuk menyandang jawatan itu, beliau menuturkan bait katanya dengan badan yang longlai, “Sayang, benarlah. Tidak senang mahu menjadi MamaFiza“.

Kata-kata Sang Raja itu telah membuatkan saya semput dan senak di bahagian perut untuk ketawa (versi kurang sopan: terbahak-bahak) sambil menahan sakit yang saya tanggung dengan menekup mulut dalam selimut tebal. Bagi saya, gurauan spontan beliau telah membuatkan saya lebih jatuh cinta padanya. Syahdu! Alhamdulillah ^-^


Menu untuk suami yang baik hati: Sup Peha Ayam bersama rebusan herba.

Menu untuk suami yang baik hati: Telur Lada Hitam, Sayuran Goreng, Sambal Pedal *pedas*, Sos Ikan Mackerel.

Buat bonda yang saya kagumi sekalian, mohon janganlah pujian sebegitu diberikan kepada saya yang kerdil ini. Justeru kerana saya sangat yakin bahawa andalah bonda terhebat itu! Andalah bonda yang terbaik itu! Andalah bonda yang ISTIMEWA itu 😀

Sedahsyat mana hari-harimu, letakkanlah kepentingan diri suamimu selepas selesai urusanmu dengan Yang Maha Esa. Hormati, doakan dan kasihi suami perkasamu dengan sepenuh hati nurani. Restu suami, amat besar ertinya buat saya.

Ikatlah kenangan kasih sayangmu bersamanya dengan air tangan isteri, menu biasa yang disajikan dengan impak luar biasa, Amin~ >w<

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

23. February 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply