Diari Masakan 005 – Ikan Patin Bakar Empuk

Menu berbeza untuk hari ini buat keluarga saya *Alhamdulillah* 😉

Walaupun amat aktif dengan aktiviti seharian, namun menu sihat untuk seisi famili perlu saya titikberatkan bagi menjamin kesihatan insan yang saya cintai. Insya-Allah.

Saya doakan moga para pembaca yang disegani juga turut sama memberi perhatian lebih berkenaan hal ini. Sama-sama kita usahakan, ya? Amin ^O^

Jom teruskan dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<

Tajuk Menu: Ikan Patin Bakar Empuk

Menu cabaran masakan untuk minggu ini ^-^
Inilah hasilnya *tadaaa . . .* 😀

Rumusan:

Potongan ikan patin segar telah diperap selama semalaman bersama rempah-ratus dan sedikit minyak zaitun agar mempunyai rasa yang lebih berperisa. Kaedah memasaknya: ikan ini dibakar dengan menggunakan ketuhar.

Alhamdulillah, rasanya lembut dan manis isi ikan sebenar. Ternya menjadi pilihan utama suami tercinta dan anak-anak tersayang.

Cadangan Masakan: Ikan patin boleh dipotong kepada bahagian yang lebih kecil untuk mendapatkan hasil masakan yang lebih garing dan rangup.

Adakah keluarga anda suka makan ikan panggang?

Jika ya, apakah jenis ikan yang digemari mereka dan mengapa? Saya berminat ingin mengetahuinya agar boleh mencuba resipi ikan panggang yang baru 😉

Moga Tuhan sentiasa merestui anda sekeluarga. Amin~

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

03. February 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply