Formula Genius Buat Bonda

Tiada. Tiada ubat. Tiada formula.

Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam mendidik anak kecil yang dianugerahkan-Nya.

Wahai bonda yang kusayangi sekalian, jangan sesekali terpedaya dengan rayuan iklan, promosi, risalah mahupun pengumuman berkenaan produk atau servis sebegini. Ikhlas kupinta darimu buat kesejahteraan anakandamu.

Adakah para pembaca yang dihormati pernah disogokkan isu ini? Ya, berkaitan genius. Contohnya:

  • Mahu anak genius? Ikutilah program xxx kami, hari ini.
  • Anak sukar belajar? Berilah anak makan ubat xxx ini pasti berubah menjadi bijak genius!
  • Miliki perisian xxx , nescaya anak anda bakal menjadi genius Malaysia.

Dan banyak lagi jajaan cerita mitos ini diwar-warkan pada segenap lapisan masyarakat khususnya di Malaysia.

Oh, tidak. Saya sering terasa mual apabila setiap kali dijemput untuk menghadiri kem yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu yang hanya berprovokasikan wang dan bukannya pembangunan insan secara ilmiah. Pasti tidak akan mengikutinya.

Bayangkanlah impaknya pada anak-anak peserta yang menyertai acara tersebut? 🙁 Sahih akan terdera secara psikologi dan mentaliti tanpa disedari oleh penjaganya ataupun ibubapa.

Mengapa saya berpandangan sinis berkaitan hal ini? Ya, kerana saya kekal percaya dan berpendapat bahawa setiap bayi yang dilahirkan ke muka bumi ini adalah genius! 😀

Anak-anak comel ini wajar diberi hak sepenuhnya untuk diasuh dan dicorakkan secara positif dan penuh kasih sayang serta menjadi tanggungjawab utama ibubapa dalam memimpinnya bagi perlaksanaan mulia ini. Tentunya mereka memerlukan jangka masa berbeza untuk digilap menjadi insan terbilang.

Walaupun mereka bukan anak kita (anak orang lain), namun kita tidak mempunyai kedaulatan untuk melaknatkan individu kecil ini disebabkan sifat kekurangan yang ada pada diri mereka yang dianggap sebagai tidak “genius”.

Beriktikadlah bahawa kuasa ada di tangan kita dan kita memainkan peranan besar sebagai institusi komuniti berbilang bangsa yang boleh membantu mereka dengan pemikiran kritis, bantuan kebajikan dan berdoa buat segenap semesta.

Insya-Allah, disini saya juga ingin mengingatkan diri sendiri dan berkongsi pada para pembaca yang amat disegani supaya bersamalah kita berusaha agar kita tidak hanya mengambil jalan mudah bagi menggunakan keupayaan yang hanya pinjaman Tuhan buat kita ini untuk memperbesarkan hal tidak “genius” insan lain dan menghina setiap ciptaan Tuhan dalam bentuk umpatan nyata mahupun siber.

Formula yang dapat saya rumuskan bagi tujuan bersama iaitu berdasarkan pengalaman pembelajaran di rumah bersama anak-anak tercinta adalah:

Tetapkan cabaran untuk diri sendiri bagi ekspedisi pembelajaran dunia ilmu baru dan kongsikan pengalaman serta apa jua kemahiran peribadi anda buat anak yang dikasihi. Hasilnya pasti mengkagumkan anda!~ MamaFiza

Formula genius bukan semudah propaganda pemasaran diatas, dan bukan juga episod epistemologi tanpa didahului dengan kasih sayangmu bonda ^O^

Jika saya yang serba kekurangan ini boleh melakukannya, anda pasti lebih hebat! Yakinilah diri anda 😀

Anakandamu adalah maha karya Tuhan yang luar biasa!

——————————————————–

Arkib gambar tahun 2001-2002: Contoh profesionalisme kecil yang ada pada diri saya, iaitu minat melukis yang dikongsi bersama anakanda *Alhamdulillah*.

Cabaran pada diri: Saya hasilkan lukisan buat suami yang disanjungi dengan hanya menggunakan sebatang pen marker bersaiz mini.


Cabaran pada diri: Saya reka lukisan karektor permainan komputer untuk tugasan universiti dengan hanya menggunakan sebatang pen hitam berdakwat basah yang biasa.


Cabaran pada diri: Saya ciptakan lukisan karektor dengan hanya menggunakan sebatang berus lukisan bersaiz sederhana dan warna air hitam jenama Buncho.

p/s: Ya, merupakan koleksi antik. Oleh sebab itu, kertasnya telah bertukar menjadi kekuningan ^_-

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

25. January 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply