Diari Masakan 003 – Ayam Rangup Bawang Putih

Selamat bercuti buat para pembaca yang budiman 😉

Semoga hari libur anda dihiasi dengan aktiviti ceria buat seisi keluarga.

Buat makluman para pembaca yang dikasihi, untuk menu misi diari masakan pada minggu hadapan terpaksa saya tangguhkan terbitannya ke minggu yang berikutnya disebabkan kesulitan mencari waktu yang sesuai untuk mengemaskini blog ini disebabkan jadual khas buat anakanda tersayang yang mempunyai agenda rasmi 😀

Jutaan terima kasih diatas jasa baik Cik kerana sudi menghantar komentar yang menarik dan ikhlas buat saya. Saya amat menghargainya, Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik untuk membalasnya pada minggu hadapan. *janji* ^-^

Jom, kita sambung kembali entri diari masakan kali ini dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<

Tajuk Resipi: Ayam Rangup Bawang Putih


Menu cabaran masakan untuk minggu ini ^-^


Hasilnya *tadaaa . . .* 😀

Rumusan:

Saya gunakan 8 ketul bahagian peha ayam bagi masakan “Ayam Rangup Bawang Putih”
ini berbanding resipi asal (Crunchy Garlic Chicken) oleh Tuan Jamie Oliver
yang menggunakan bahagian dada ayam yang dihiris setelah siap dimasak.

Ini adalah kerana suami tercinta dan anak-anak tersayang lebih meminati bahagian peha ayam. Bahan adunan telah diperap selama semalaman sebelum dimasak dan saya tidak menggunakan teknik menggoreng namun menukar kepada kaedah membakar di dalam ketuhar. Alhamdulillah, resipi yang ringkas dan mudah serta menjimatkan masa.

Cadangan Masakan: Boleh dihidangkan bersama nasi panas, hidangan mee ataupun macaroni bersama sos Bologne.

Apa pula menu hujung minggu buat keluarga anda?

Jangan lupa untuk kongsi bersama, ya 😉

Moga Tuhan sentiasa merahmati dan melindungi para pembaca yang dihormati. Amin~

Sehingga bertemu kembali, Insya-Allah.

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

06. January 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply